16 May 2014

Untung rugi 'Referandum Berperlembagaan'...

ZAiNULFAQAR Yaacob, Fotojurnalis.
PAS tetap mengasak bahawa perlembagaan meruangkan pelaksanaan 'Shariah Kelantan',walaupun DAP berpendirian bahawa impian parti Islamis itu tidak pernah menjadi konsesus Pakatan Rakyat, yang turut disertai PKR.

Saya mencadangkan Referandum Berperlembagaan dibuat, kerana proses itu lebih demokratik dan Islamis (mendekati maksud ijmak) berbanding konsesus trio oposisi yang sedia ada.

Apapun keputusan referandum 'Shariah Kelantan', ia patut diangkat sebagai konsesus yang baru bagi Pakatan Rakyat, kerana ruang keperlembagaan memang boleh sampai ke arah itu.

PAS Untungm DAP Rugi?
Ada telahan menyebut, DAP akan rugi jika referandum ini dilangsungkan di Kelantan kerana majoriti pengundi di negeri berkenaan telah sedia menyokong PAS.

Apabila Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Pulau Pinang sendiri dituntut untuk menyatakan pendirian berhubung 'Shariah Kelantan', untung rugi politik sekali lagi menjadi perhitungan kedua-dua belah pihak.

"Ketua menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan) dan Pengerusi BN negeri (Datuk Teng Chang Yeow) perlu bertanggungjawab untuk menjawab soalan ini.

"Saya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia kerana undang-undang hudud buat masa ini tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang kaum seperti Malaysia," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu kepada wartawan, dipetik di portal berita Malaysiakini.com (7 Mei 2014).

Nampaknya, isu 'Shariah Kelantan' yang diledakkan Umno dalam PAS seakan sudah sampai tahap menggoncang sendi ideologi perjuangan DAP sendiri.

Kalau tersalah ambil pendirian, Guan Eng juga boleh dihukum punca majoriti pengundi (khususnya bukan Islam) meninggalkan Pakatan Rakyat, tidak kira lah pada PRK Bukit Gelugor terdekat ini, atau semasa PRU14 nanti.

P.Pinang perlu 'Referandum Berperlembagaan'
Referandum Berperlembagaan dibuat oleh rakyat. 

Ertinya, PAS dan DAP tidak akan rugi dalam konteks menyatakan pendirian masing-masing kerana ia sebenarnya terlebih dahulu diputuskan oleh rakyat di kedua-dua negeri.

Oleh kerana Referandum Berperlembagaan itu paling demokratik dan mendekati maksud Islamis, keuntungan terbanyak akan melimpah ke kolam politik PAS dan DAP kerana masing-masing pasti dilihat mengikut pendapat terbanyak (maqasid mujtamak).

Sebenarnya, Referandum Berperlembagaan ini bukan hanya diperlukan oleh PAS, disebabkan parti itu mahukan 'Shariah Kelantan' kini, malah, DAP pun sebenarnya perlu kaedah konstruktif tersebut.

DAP perlu kerana, Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 yang baru diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sendiri dihalang oleh Putrajaya, sama seperti ‘wayang kulit’ di Kelantan.

Datuk Seri Chow Chee Heung dalam satu kenyataan dilaporkan berdalih bahawa enakmen itu kononnya adalah bertentangan dengan perlembagaan atau "ultra vires".

Dalih Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan lagi, inisiatif Kerajaan Negeri itu adalah bercanggah dengan peruntukan Seksyen 15 Akta 171 (Undang-Undang Persekutuan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun berdalih untuk menguatkuasa Enakmen tersebut, walaupun didesak beberapa kali oleh Guan Eng sendiri.

Sekarang, hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu sudah sampai dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan Putrajaya, sejak Jun tahun lepas.

Mungkin selepas ini, PAS juga akan sekali lagi merujuk polemik ‘Shariah Kelantan’ ini, sebagaimana yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang.

Ertinya, Kelantan dan Pulau Pinang masing-masing berdepan oleh halangan serupa dari Putrajaya.

Tinggal lagi, perlu percaya Referandum Berperlembagaan hakikatnya menguntungkan rakyat baik di Kelantan atau Pulau Pinang jika terus diasak sampai ‘jadi’.

Masa itu, ‘untung politik’ akan turut pergi kepada PAS dan DAP, kerana Referandum Berperlembagaan ini sama ada dilaksanakan atau terus dihalang dari Putrajaya, pasti merugikan Umno BN nanti.

Setuju?


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
7 Mei 2014 | Kuala Lumpur

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment