16 May 2014

Boleh atau tidak Referandum Berperlembagaan dilangsungkan di Kelantan?


ZAiNULFAQAR Yaacob (kanan) bersama-sama Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang Zolkifly Md. Lazim (kiri) mengadakan kunjungan hormat Ketua Hakim Mahkamah Sharie Pulau Pinang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan (tengah) di pejabatnya dekat George Town baru-baru ini.

REFERANDUM di Switzerland pada tahun 2009 mendapati 57.5 peratus menyokong larangan membina menara masjid baru di negara Eropah itu.

Apabila hasil pungutan suara itu membawa pada pindaan perlembagaan, adakah minoriti umat Islam Switzerland yang dianggarkan lebih kurang lima peratus harus mematuhi kehendak majoriti di negara tersebut?

Selepas itu, umat Islam dari bandar Langenthal bercadang mencabar di Mahkamah Agung Persekutuan Switzerland, seterusnya di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.

Peguam muda, Syahredzan Johan pernah menulis hak ini di akhbar Sinar Harian.

Bagi mereka, hak asasi manusia dijamin ke atas tiap-tiap manusia, tidak kira negara, bangsa, agama, kelas, jantina dan sebagainya.

Sebab itu, hak asasi manusia melangkaui undang-undang tempatan dan negara.

Dalam perlembagaan Switzerland ada disebut ruang hak asasi manusia ini, dalam perlembagaan Malaysia pun begitu.

Ini, demi memastikan kehendak majoriti tidak membuli hak minoriti di seluruh negara moden demokratik, walaupun dibenarkan oleh undang-undang.

Menurut undang-undang, hak secara umum adalah keistemewaan untuk manusia mengamalkan haknya.

Menghormati dan mendukung hak tidak bermaksud kita harus menyokong atau bersetuju dengan mereka yang mengamalkan hak tersebut.

Evelyn Beatrice dalam karyanya Friends of Voltaire menulis, "saya membantah kata-kata anda, tetapi saya akan mempertahankan hak ada untuk menyuarakannya."

Pun begitu, atas maksud hak asasi manusia sekalipun, sebenarnya larangan seumpama di Switzerland itu masih sukar dicabar jika melibatkan referandum berperlembagaan.

Ertinya, referandum berperlembagaan begitu berkuasa dalam menterjemahkan semua maksud hak asasi manusia seperti di atas, yang hakikatnya turut dijamin dalam perlembagaan Malaysia.

Di sinilah, Referandum Berpelembagaan perlu dilaksanakan di Kelantan sekarang, supaya maksud sebenar hak asasi manusia berhubung isu hudud di negeri ini sama ada diterima atau ditolak, boleh ke arah meminda perlembagaan negara seperti di Switzerland.


Y.ZAINULFAQAR
Fotojurnalis P.Pinang
6 Mei 2014 | George Town

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment