16 May 2014

Surcaj, Tarif Air berbeza...

Sumber: PBAPP

DALAM isu air, surcaj adalah berbeza dengan maksud tarif.

Surcaj bermaksud kadar tambahan yang mesti dibayar oleh seseorang pengguna sebagai bayaran tambahan daripada tarif asal yang ditetapkan.

Bermula pada 1 November 2013, Surcaj Pemuliharaan Air (WCS) telah dinaikkan kepada RM0.45 bagi setiap 1,000 liter padu air bagi penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan.

Memetik sumber Malaysia Water Industri Guide 2013, WSC hanya melibatkan 28 peratus pengguna yang menggunakan 54 peratus penggunaan air kategori domestik bagi tahun 2012.

Ertinya, langkah penjimatan dengan penggunaan air domestik yang tidak melebihi 35,000 liter sebulan boleh terus meningmati tarif air terendah di Malaysia yang sedia ada, iaitu 31 sen.

WSC hanya akan ditanggung oleh pihak yang menggunakan air domestik secara berlebihan dan pembaziran sahaja.

Tarif air domestik boleh terus kekal terendah berbanding negeri-negeri lain kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) memberi subsidi air kepada rakyat, majoriti berpendapatan rendah.

Sebagai contoh, jumlah subsidi dimestik bagi tahun 2012 umpamanya dilihat terlalu tinggi dan wajar diimbangkan, iaitu berjumlah RM64.5 juta.

Justeru, WSC dilihat sebagai mekanisme dorongan atau 'deterrent' yang penting untuk menjimatkan sumber air negeri.

Apabila pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan harga petroleum atas dalih, bahan bakar itu kian diseludup oleh warga asing di sempadan negara, Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut digambarkan '2X5'.

Ini kerana, Kerajaan Negeri dalam kajian semula tarif yang dicadangkan kepada Putrajaya antaranya menaikkan tarif air secara puratanya pada angka 20.05 peratus.

Sebenarnya, itu angka peratusan kenaikan yang dicadangkan kepada SPAN untuk semua band kegunaan air domestik.

Rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah masih terus kekal menikmati tarif paling rendah berjumlah 31 sen, untuk kegunaan 20,000 liter yang pertama air domentik.

Semua rakyat akhirnya terbeban oleh kenaikan harga petroleum, sedangkan, kenaikan tarif air hanya terbeban kepada penggunaan berlebihan dan pembazir sahaja.

Pengguna bijak dan berhemat kekal meningkati tarif air terendah, walaupun selepas cadangan Kerajaan Negeri mengkaji semula tarif air ini diluluskan oleh Putrajaya kelak.

Pendirian pentadbiran Najib menolak permohonan Guan Eng untuk memajukan sumber baru air mentah dari Perak atas dalih kejayaan Kerajaan Negeri mengelak catuan air domentik, tidak seperti di negeri-negeri lain merupakan punca utama kajian semula tarif air dilakukan di negeri ini.

Sekali tengok memang nampak sama, tetapi, hakikatnya jelas berbeza.

Setuju?



ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
2 Mei 2014 | Permatang Pauh



+60194241583
@zainulfaqar
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus