15 May 2014

Lancar bancian penduduk guna apps telefon sebelum buat belanjawan MPSP, mendekati idea Referandum Rakyat di P.Pinang?

ULASAN BJ FAQAR:
Apa yang Pulau Pinang buat ini dipanggil Long Range Planning, iaitu melaksanakan satu perancangan untuk melengkapkan satu perancangan yang lain.
Dulu, Tun Dr. Mahathir Mohammad paling power cara pengurusan sebegini dalam memetakan politik Malaysia. Anwar Ibrahim banyak belajar bab power ini daripada Tun.
Saya semakin terkejut sekiranya apps "Apa Rakyat Mahu" adalah perintis Long Range Planning untuk mewujudkan Referandum Rakyat demi merealisasikan pelaksanaan semula pilihan raya kecil Kerajaan Tempatan nanti. Penang hebat!
Setuju? 


‘Apa Rakyat Mahu’ aplikasi kaji selidik MPSP, bukan referandum – TKM II

TEKAPAN skrin aplikasi pintar Apa Rakyat Mahu atau "Projek ARM" yang dimuat naik melalui komputer.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Semua 800,000 warga Seberang Perai boleh menyumbang pendapat ke arah penyediaan Bajet Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2015 dalam tempoh sebulan dari sekarang, dengan hanya memuat turun aplikasi Projek ARM atau 'Apa Rakyat Mahu' menerusi telefon pintar masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy dalam ucapan perasmiannya memberitahu bahawa projek perintis soal selidik itu untuk mempergiat proses demokrasi tempatan, selain, mengalakkan penyertaan warga Seberang Perai dalam membuat keputusan belanjawan bersama-sama MPSP.

“Lebih kurang RM200 juta dibelanjakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Ini bermakna secara puratanya MPSP membelanjakan RM250 untuk setiap orang.

“Maka, Projek ARM ini memberi kuasa kepada 800,000 warga Seberang Jaya untuk memberikan pendapat bagaimana RM250 yang diperuntukan untuk tiap-tiap orang ini perlu dibelanjakan,” ujar Ramasamy di Kompleks Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda di sini, pagi tadi.

(Dari kiri) P. David Marshel, P. Ramasamy, Steven Sim Chee Keong, Bernard Cheen, Dr. Norlela Ariffin & Adil Mohamad 'Jurukamera Ketua Menteri' pada perasmian majlis pelancaran apps Projek ARM di sini, pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Norlela Ariffin serta Ahli-ahli Majlis MPSP lain turut hadir pada perasmian majlis pelancaran aplikasi jenis android tersebut, yang turut boleh diakses melalui website serta laman sosial facebook.

Sebelum itu, Pengarah 'Apa Rakyat Mahu', P. David Mashel memberitahu, aplikasi pintar atau ‘Projek ARM’ tersebut menelan kos RM5,000, yang diambil dari peruntukan peribadinya sebagai Ahli Majlis MPSP.

Menurut beliau, projek perintis itu dibangunkan secara bersama dengan bantuan Pengasas "MPSP Watch", Bernard Cheen.

“Demokrasi, bermakna pandangan dan suata rakyat mesti diambil kira oleh kerajaan, sebelum keputusan dibuat.

“Bukan selepas kalah pilihan raya, baru tanya ‘Apa Cina Mahu’,” ujar beliau.

David Marshel memberitahu, sasaran minimum untuk Projek ARM sulung ini adalah 5,000 responden dan keputusan soal selidik pintar ini akan diumumkan selepas 15 Jun depan.

Chee Kong pula menjelaskan ruang kaum yang disediakan bersekali dengan ruang agama, gender serta umur responden sebenarnya lebih pada tujuan demografi penyelidikan, bukannya atas sentimen perkauman.

Dalam perkembangan lain, Ramasamy turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng konsistan untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), walaupun pelaksanaan enakmen berwajib menerima halangan Putrajaya.

Mengulas mengenai kemungkinan Projek ARM itu adalah batu loncatan untuk mengadakan referandum rakyat berhubung tuntutan mengadakan pilihan raya tempatan di negeri ini, Ramasamy menegaskan bahawa aplikasi pintar itu lebih berorientasikan kaji selidik semata-mata.

“Sama ada untuk membuat referandum atau tidak, itu soal nasional... di Ukraine, (referandum) dilakukan sama ada untuk bebas atau bersama Rusia, di Krimea juga dilakukan referandum baru-baru ini. 

“Ini (Projak ARM) adalah program bancian rakyat sahaja, tidak sesuai dipanggil referandum,” ujar Ramasamy pada satu sidang media di sini, sambil menegaskan bahawa Kerajaan Negeri telahpun memilih jalan perbicaraan di mahkamah demi mendapatkan perintah untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan di negeri ini.

Perkembangan terbaru mengenai aplikasi pintar 'Apa Rakyat Mahu' ini dijangka akan terus  mengamit perhatian pihak pro demokrasi tulen di rantau ini, kelak.

(Duduk, dari kiri) BERNARD Cheen, P. David Marshel, P. Ramasamy, Steven Sim Chee Keong, Dr. Norlela Ariffin serta empat Ahli Majlis MPSP lain (berdiri, dari kiri) Mohd. Rizal Abd. Hamid, Omar Hassan dan Zulkifli Ibrahim dan M. Satees pada sidang media di sini, pagi tadi.

No comments:

Post a Comment