15 May 2014

Takkan MCA arah The Star fitnah Ramkarpal?

Padam lampu 4.00 pagi palsu, integriti The Star dipersoal

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KERATAN akhbar The Star bertarikh 15 Mei 2014.

SRI DELIMA – Integriti kewartawanan The Star dipersoal gara-gara memyiarkan kenyataan tidak sahih seorang penduduk yang mendakwa lampu jalan sekitar Taman Island Glades di sini kononnya dipadam seawal jam 4.00 pagi, hingga mendedahkan penduduk setempat pada risiko jenayah.

OOI Poey Lam
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Island Glades, Ooi Poey Lam menegaskan, akhbar arus perdana itu sepatutnya mendapatkan maklum balas sebenar berhubung perkara tersebut daripada pihak berwajib, sebelum menyiarkan berita palsu itu.

“Jika saya sebagai wartawan, saya akan mendapatkan respons susulan dan menyiasat isu tersebut, sebelum disiarkan.

“Tetapi, The Star telah menulis berita ini, yang kesemuanya nyata adalah palsu,” ujar Poey Lam, sambil mempersoal ketidakhadiran wartawan The Star pada sidang medianya di sini.

Malah, Poey Lam di depan wartawan yang hadir turut menghubungi The Star, tetapi, meja pengarang negeri sekadar memberi respons “kami sedang sibuk”.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa laporan palsu itu demi mencemarkan nama baik calon pilihan mereka, Ramkarpal Singh yang sedang sibuk merayu sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Poey Lam menjelaskan, lampu jalan di sini dipadamkan oleh pihak berwajib selewat jam 7.00 pagi, iaitu semasa hari kian mencerah.

Manakala, lampu limpah dekat gelanggang bola keranjang di sini pula dinyalakan secara automatik tiap-tiap hari pada detik 6.45 pagi hingga 7.30 pagi menggunakan alat tetapan masa, demi keperluan riadah penduduk setempat.

“Jika alat tetapan masa ini tidak berfungsi, lampu limpah di gelanggang bola keranjang akan menyala sepanjang hari, bukan terpadam hingga menggelitakan kawasan di sini,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, akhbar The Star bertarikh 15 Mei menyiarkan berita jelajah kempen Ramkarpal menerima luahan rasa tidak puas hati daripada seorang wanita berusia 65 tahun berhubung itu tersebut.

Menurut laporan itu, wanita berkenaan mengadu bahawa penduduk setempat berjoging seakan dalam gelita disebabkan kekurangan cahaya lampu jalan pada awal pagi tiap-tiap hari, sekaligus mendedahkan mereka pada risiko jenayah.

Responden yang enggan identitinya diketahui umum turut dilaporkan mengaku pihaknya telahpun membuat aduan sebanyak dua kali, tetapi, pihak berwajib berdalih bahawa langkah memadamkan lampu jalan seawal jam 4.00 pagi itu demi menjimatkan tenaga elektrik.

Poey Lam dan JKKK mendakwa semua laporan The Star itu adalah palsu, mungkin untuk mencemarkan nama baik Ramkarpal, iaitu anak bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.

Dalam kenangan.

No comments:

Post a Comment