16 May 2014

206 rumah percuma Zakat berjaya diagihkan sejak 2008, serlahkan peranan PAS P.Pinang di PRU14

ULASAN BJ FAQAR
ZAiNULFAQAR Yaacob, Fotojurnalis P.Pinang
KONSESUS Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 8 Mac 2008 melorongkan PAS mengetuai Majlis Agama Islam, walaupun parti masa depan itu mempunyai hanya satu kerusi sahaja di DUN Permatang Pasir, yang diwakili oleh Datuk Mohd. Salleh Man (sekarang TPJ II PAS Negeri).

PRU14 nanti, PAS akan bertanding di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor; serta lima kawasan DUN lain (Penaga, Pinang Tunggal, Bayan Lepas, Bukit Gelugor dan Permatang Pasir).

Untuk DUN Sungai Acheh, PAS perlu berunding dengan meletakkan calon yang lebih kuat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa umpamanya untuk memujuk PKR melorongkan kerusi penting tersebut kembali kepada PAS.

Berunding sampai menang, jangan lawan sampai kalah sebagai yang dilakukan oleh dua ketua pemuda PAS dulu, (Dr.) Mazlan Ismail dan Ustaz Hafiz Nordin.

Mohamad Sabu takkan nak bertanding di Kedah atau Terengganu lagi semasa PRU14 nanti, sedangkan Timbalan Presiden PAS itu adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sekarang?

Elok, Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPPN) di bawah "Sdr. Bukhari" menyusun operasi daftar pemilih di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua dari sekarang, kerana kedua-dua kawasan mengundi itu berpotensi untuk menang.

JPPN perlu fokus pada memindahkan 'undi muntah' dan giatkan daftar pengundi baru, selain, memupuk keyakinan  mengundi dalam kalangan Melayu kerana parti masa depan itu bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Jika Mohd. Sabu dan Dr. Mujahid menang dalam PRU14 nanti, kedua-dua calon itu dilihat paling wibawa untuk disebut-sebut mengisi kerusi Exco, termasuk Exco Agama Kerajaan Negeri.

Setuju?


206 keluarga asnaf terima rumah Zakat P.Pinang sejak 2008



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

AZIZAN Ibrahim (paling kiri) menerima replika kunci Rumah Asnaf ZPP daripada Mohd. Salleh Man (dua dari kiri), sambil disertai oleh Zakiyuddin Abd. Rahman (tiga dari kiri) dan Rahmah Md. Isa (paling kanan) di sini baru-baru ini.

PINANG TUNGGAL - Lima terpilih menerima bantuan rumah faqir dan miskin Zakat Pulau Pinang (ZPP) peringkat Daerah Seberang Perai Utara di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man memberitahu, ZPP telah membina dan menyerahkan sebanyak 206 unit rumah bernilai RM35,000 kepada golongan asnaf sejak tahun 2008 hingga kini.

Itu, tidak termasuk tujuh unit dan 51 unit rumah serupa yang dibina pada tahun 2006 dan 2007.

“Tahun ini sahaja, kita membina 10 unit rumah di seluruh Pulau Pinang dengan nilai agihan RM3,056,900, dan baiki lebih 20 rumah asnaf terpilih dengan nilai agihan RM194,664.20.

“Golongan asnaf yang mempunyai tanah, tetapi, tidak ada tempat berlindung (rumah) layak untuk memohon,” ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir di sini baru-baru ini.

Dua Ahli Lembaga Pengarah ZPP, Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman dan Rahmah Md. Isa, serta  Dr. Azman Abdul Somat (Pengurus Besar ZPP) turut hadir pada majlis penyampaian replika kunci kepada semua penerima yang layak.

AZiZAN Ibrahim.
Azizan Ibrahim, 50, melahirkan rasa bersyukur kepada Allah kerana disenaraikan sebagai antara lima penerima rumah ZPP.

“Sejak hilang pekerjaan tetap akibat sakit jantung dua tahun lepas, saya dan lima anak menumpang di rumah adik. Mujur, isteri boleh bekerja sebagai penyelia kebersihan.

“Syurkur...kami sekuluarga boleh hidup lebih selesa dan sihat dengan apa yang Kerajaan Negeri buat ini,” ujar beliau kepada wartawan.

Difahamkan, ZPP membelanjakan kira-kira RM10,180,487 untuk membina 264 unit rumah sejak program mesra asnaf terpilih itu diperkenalkan pada tahun 2006.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan inisiatif progresif MAINPP dan ZPP dalam menguruskan pengagihan zakat demi kepentingan ummah di Pulau Pinang, sejak Kerajaan Negeri berpindah tangan pada tahun 2008.


Sumber: ZPP

No comments:

Post a Comment