29 March 2014

MH370 Simbol Dunia percaya pemimpin Umno penipu!

AKHiRNYA Hishamuddin Tun Hussain sendiri berdalih bahawa biarlah misteri MH370 ini menjadi sejarah, apabila banyak sangat pihak percaya bahawa Putrajaya ada menyembunyikan sesuatu sejak insiden itu berlaku, 8 Mac lepas.

Pelajaran yang paling penting dipelajari di sebalik kes ini, antaranya semua pihak tidak percaya dengan kewibawaan pemimpin Umno. 

Ikhtiyar seberapa baik pun pentadbiran Najib Razak serta Menteri Umno yang lain, rakyat dunia tetap tidak akan percaya kamu lagi. 

Ini pelajaran yang wajib diterima pada awal pagi ini.

Saya tidak percaya pesawat MAS tidak boleh dikesan radar dunia

Saya yakin, tebusan dibawa ke Pulau Diego Gracia oleh pengganas Amerika Syarikat sendiri, selepas berjaya memintas penerbangan barang larangan tertentu ke China.

Kapal terbang ini kemudiannya diterbangkan secara auto-pilot seperti kapal terbang mainan anak saya ke Lautan Hindi, lalu nyah terbang dan tenggelam di lokasi anti carian kota hitam tersebut.

Tekanan yang tinggi dalam dasar laut mengakibatkan bangkai kapal terbang itu beberapa hari kemudian musnah di perut Lautan Hindi secara semula jadi, hingga terjumpanya 30 objek dipercayai serpihan MH370 baru-baru ini.

Mustahil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu perihal rampasan pesawat ini ada kaitan dengan perang dingin China-AS.

Punca Najib sembunyi semua ini kerana Perdana Menteri itu di bawah tekanan dunia.

Kepentingan China dan Amerika Syarikat di negara ini serta beban kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuyaa Sharibuu seakan mula menjerut leher Najib Razak.

Ini mungkin punca Najib sembunyi fakta, atau lebih tepat Najib menipu dunia seperti yang semua kita percaya.

Setuju?


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis a.k.a Pemikir Detektif
0194241583 | faqar.blogspot.com


Artikel Terdahulu:

No comments:

Post a Comment