13 March 2014

MH370: Jejak lelaki Uighur dekatkan insiden pada motif pembunuhan?

Keratan akhbar Harian Metro Khamis 13 Mac 2014

TUMPUAN Polis dan Interpol hari ini adalah pada salah seorang penumpang lelaki berbangsa Uighur berusia 35 tahun yang kononnya didakwa bukan pengganas serta terbabit merampas kapal terbang Malaysia Airline MH370 pada hari kejadian, Sabtu lepas.

"Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasai ada unsur penting yang perlu dilihat," kata sumber dipetik dari akhbar Harian Metro hari ini.


ULASAN FAQAR

Kalau lelaki berkenaan tidak disyaki pengganas, mengapa tumpuan diberikan kepadanya.

Jawapannya, kenyaatan itu adalah bahasa diplomatik, menunjukkan bahawa pihak polis dan Interpol sendiri percaya kes tersebut kemungkinan bukan kemalangan.

Jika kes tersebut di bawah nyata mempunyai unsur sabotaj atau rampasan membabitkan pengganas, ertinya, kes tersebut bermotif pembunuhan.

Pembunuhan berprofil tinggi seumpama ini, sebenarnya lebih tinggi profilnya daripada pembunuhan gadis Mongolia bernama Altantuya Sharibuu Shaatev beberapa tahun lepas.

Kalau kalayak boleh percaya bahawa tiga suspek yang disebut-sebut terbabit membunuh Altantuya menggunakan C4 itu adalah atas arahan pihak ahli poltik tertinggi negara dari Putrajaya sendiri, ertinya, mereka juga boleh menerima rasional bahawa bukan ahli politik biasa negara mungkin mendalangi insiden kehilangan MH370 ini.

Tak mungkin tim Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terbabit dalam kes ini.

Ini kerana, kelam-kabut masuk hari ke-6 pencarian MH370 sekarang pun menyaksikan imej pentadbiran perdana menteri itu rugi dan makin tercalar teruk akibat dikritik banyak pihak asing sendiri.

Takkan konspirasi ini dilakukan demi merugikan konspirator? Bagi saya, bukan Najib atau tim Najib.

Kalau Najib rugi, siapa pihak yang untung di sebalik insiden ini?

Siapa sebenarnya mendalangi insiden MH370 ini?

Siapa peribadi yang mahu dibunuh dalam kapal terbang itu disebalik konspirasi ini?

Mungkinkah peribadi itu adalah double agent a.k.a. pemegang kunci peti rahsia Putrajaya?

Di sini, penelitian insiden dapat membawa kita menjejaki serta menjawab beberapa soalan di atas, jika kita bersetuju ianya bermotif pembunuhan.

Yang pasti, insiden ini yang menggambarkan Najib tiada wibawa dalam memelihara keselamatan tanah air belakangan ini mampu merentapnya turun sebagai perdana menteri.

Jika ini salah satu motifnya, mungkin tim Tun Dr. Mahathir Mohamad paling untung dalam peperangan dalaman Umno di Putrajaya.

Ini analisis saya, walaupun saya sendiri masih tak tahu siapa dalang sebenar di sebalik insiden MH370 yang bermotif pembunuhan itu.

"Satu Kampung Memali pun sanggup dibunuh dengan mudah dulu-dulu, takkan nak bunuh seorang 'pemegang kunci peti rahsia Putrajaya' dengan memusnahkan satu kapal terbang susah," tanya seorang kenalan malam tadi.  

No comments:

Post a Comment