13 March 2014

Setelit China jejak bangkai kapal terbang, dipercayai MH370

Peta ini menunjukkan kedua-dua kawasan di mana tumpuan carian MH370 adalah pada kawasan yang dihijaukan. Tanda X berwana biru adalah tempat serpihan besar yang telah dikesan oleh satelit China. Manakala, bulatan hitam pula adalah lokasi pekerja minyak New Zealand menyaksikan pembakaran pesawat di langit.

SATELiT China yang turut menjejaki kapal terbang Malaysian Airlines menemukan sesuatu di pelingkungan Laut Cina Selatan yang mirip 'sesuatu yang besar, terapung, objek', dipercayai bangkai MH370.

Laporan MailOnline yang dipetik pagi ini menyebut, penemuan itu sekaligus menyokong testimonial seorang pekerja pam minyak New Zealand sebelum ini, yang mendakwa menyaksikan nahas kapal terbang pada hari kejadian, Sabtu lepas.

Ia bersalahan dengan satu pendapat kononnya kapal terbang itu berpatah balik ke Malaysia kerana lokasi penemuan jelas menunjukkan bangkai dipercayai MH370 tersebut ditemukan beratus-ratus batu nautika daripada Semenanjung Malaysia.



ULASAN FAQAR:

Ada dua motif kemungkinan di sebalik insiden ini. Pertama, kemalangan di udara dan tak susah untuk merasionalkannya sebagai takdir Ilahi. Kedua, serangan pengganas aka pembunuhan. Langkah Kerajaan Malaysia melengah-lengahkan pemberitahuan status kehilangan kes ini mungkin juga untuk merasionalkan semua pihak bahawa insiden pembunuhan kes itu sebenarnya adalah kemalangan. Perlu diingatkan, bukan mudah untuk merasionalkan hal itu kerana kes tersebut telah menerima campur tangan banyak pihak asing, termasuk Boeng AS, FBI dll.

No comments:

Post a Comment