“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan solat, serta membelanjakan sebahagian harta daripada rezeki yang kami infaqkan kepada mereka.” [Surah Al-Baqarah: 3]
Ekonomi bukan angka, tetapi
kemanusiaan. Sebab itu, terdapat perihal zakat, wakaf, ghanimah, sedekah dan infaq dan sebagainya yang nyata dekat
dengan keperluan kemanusiaan kita, tak kira orang Islam atau bukan Islam.
Maqasid asy-Syariah dalam bab muamalat, politik (siasah) hatta ekonomi sendiri adalah
mesti membawa kebaikan terbanyak (maslahah
mujtamak) kepada manusia seperti kasih sayang dan saling membantu.
Kertas kerja ini akan
membicarakan mengenai projek mengayakan manfaat infaq untuk pembangunan ekonomi PAS Pulau Pinang.
Pada hujung kertas kerja ini akan
diperjelas mengenai cadangan mengeyakan manfaat infaq untuk pembangunan ekonomi PAS Pulau Pinang menerusi projek ‘Tabung Amanah Angsa Telur Emas’.
“Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan Zaman, Tempat & Keadaan."
Umum mengetahui bahawa pengagihan
harta rampasan perang (ghanimah)
menjadi hak mereka yang berhak dan asal hukumnya (al-hukmu li zatihi) adalah wajib.
Ini berdasarkan firman Allah yang
bermaksud:
“Ketahuilah, sesungguhnya apa saya yang
dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk
Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan
ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan
kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqaan...”
[Surah Al-Anfal: 41]
Namun, Khalifah Umar pernah
menangguhkan pengagihan ghanimah di
Iraq atas alasan untuk memelihara kepentingan penduduk di sana sendiri.
Selain itu, menurut Khalifah Umar
al-Khattab, keadaan tentera di zamannya adalah lebih baik berbanding pada zaman
Rasulullah S.A.W dan zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
Maka, Khalifah Umar menyimpulkan
ayat 6 hingga 10 daripada Surah al-Harsy untuk ditathbiqkan (diterapkan) pada hukum maqasid asy-syariah.
Ghanimah diuruskan oleh Baitul
Mal dengan manfaatnya diagihkan kepada para pejuang Islam menerusi sistem gaji.
Kebijaksanaan Khalifah Umar
al-Khattab ini berasaskan dalalatun nas
ayat 7 Surah al-Harsy yang menyebut, “...supaya
harta itu tidak berlegar di antara orang-orang kaya sahaja daripada kalangan
kamu...”
Menurut golongan al-Maqasidi, pembahagian ghanimah ini bukanlah nas berbentuk
larangan yang membawa maksud haram jika tidak melaksanakannya.
Maka, mereka berpendapat bahawa ‘illat hukum (baca: bahagi ghanimah) tidak dapat dilaksanakan demi
mengelak kepentingan umum yang lebih penting dari terbiar jika dilaksanakan
(baca: hak pribumi diabaikan, selain bertujuan untuk mengayakan manfaat
ghanimah untuk generasi terkemudian)
Walaupun kebijaksanaan Khalifah
Umar al-Khattab ini adalah di bawah Ijtihad
tathbiqi (ijtihad di lapangan), tetapi kehukuman yang mendatang ini (al-hukmu li ghairihi) ini bukanlah
bersifat mutlak, sebaliknya tergantung pada kesesuaian masa, tempat dan keadaan
sesuatu yang berubah itu.
Ini bertepatan dengan kaedah fiqh
yang menyebut, “perubahan hukum disebabkan perubahan zaman-zaman, tempat-tempat
dan keadaan-keadaan.”
Mengayakan Manfaat Infaq
Seperti dalam ijtihad Khalifah
Umar yang jelas membawa maksud, “perubahan hukum disebabkan perubahan
zaman-zaman, tempat-tempat dan keadaan-keadaan,” maka, ijtihad serupa mahu
dilaksanakan melalui Projek ‘Tabung
Amanah Angsa Bertelur Emas’.
Umum mengetahui bahawa salah satu
sumber ekonomi PAS adalah daripada infaq ahli-ahlinya
serta rakyat yang menyokong parti masa depan itu.
Penubuhan Projek ‘Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas’ ini menumpa pada
aspek mengayakan manfaat infaq sahaja,
bukan menafikan hak pemberi dan penerima infaq
tersebut.
Sebelum menerima atau menolak
projek ini, elok diperjelas mengenai Tabung Angsa Emas ini kerana kaedah fiqh
pun menyebut, “hukum ke atas sesuatu itu
adalah sebahagian gambarannya (yang dihukumkan itu).”
1. Sasaran 1,000 penderma daripada 28,000 ahli PAS
Pulau Pinang untuk menguti RM1 juta sedekah dalam masa 12 bulan
2. Setiap perserta wajib menderma RM1,000 setahun
atau RM84 tiap-tiap bulan.
3. Kaedah pemotongan melalui akaun Maybank penderma
sendiri.
4. Sasaran penyertaan adalah lapan penderma
daripada setiap 130 cawangan PAS Pulau Pinang.
5. Dijangkakan PAS Pulau Pinang akan diberi manfaat
simpanan dalam bentuk deviden bank 8 peratus setahun atau RM80,000.
6. Daripada RM80,000 manfaat sedekah itu, RM50K
untuk pentadbiran Tabung Amanah Angsa
Bertelur Emas, manakala, RM30,000 lagi untuk tadbir urus PAS Pulau Pinang.
Hukum asal (al-hukmu li zatihi) sedekah adalah harus, melaksanakannya beroleh
pahala.
Hukum mendatang (al-hukmu li gharihi) adalah wajib kepada
lapan peserta di setiap cawangan dengan syarat-syarat berikut (al-hukmu ‘ala syurutihi):
1. Kewajipan ini selagimana saling diredhai oleh
peserta dan pemegang Tabung Amanah Angsa
Bertelur Emas.
2. Kewajipan ini terbatal apabila menafikan maqasid muktabarah yang lain. (Contoh:
hak isteri dan anak diabaikan oleh suami yang menyertai projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas.
3.
Kewajipan ke atas peserta terhad dalam ruang
lingkup 12 bulan sahaja.
Semoga projek mengayakan manfaat infaq yang diijtihadkan seperti di atas
mendekati maksud nas al-Quran yang bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang
ghaib, dan mendirikan solat, serta membelanjakan sebahagian harta daripada
rezeki yang kami manfaatkan kepada mereka.”
[Surah Al-Baqarah: 3]
Wallahu ‘alam.
_____________
- Kertas Kerja ini dibentangkan sempena Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pelancaran Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas di Auditorium C, Komtar pada Sabtu 15 Mac 2014, jam 9.30 pagi.
- Pembentang, Zolkifly Md. Lazim merupakan Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang. Beliau boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0124810070 atau emel zolazimpj16@gmail.com. Pembentang merupakan pencetus idea menubuhkan Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas.
- Penulis, Zainulfaqar Yaacob merupakan Ahli PAS Seumur Hidup bagi Kawasan Batu Kawan. Beliau adalah fotojurnalis dan boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0194241583 atau emel zainulfaqary@gmail.com.
No comments:
Post a Comment