15 February 2014

Konsesus Nasional: dulu kecil hati, sekarang ternanti-nanti

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat hari ini ternanti-nanti penjelasan tuntas isi Konsensus Nasional yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula,

Sebelum ini, ada pemimpin tertentu dari Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu berkecil hati kerana tidak diberitahu mengenai perancangan berwajib oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sempena PRK Kajang, yang dikatakan melintasi kaitan dengan kerangka 'konsesus anti Mahathir' tersebut.

"Kita harap Najib segera menjelaskan tentang makna, kandungan konsensus itu jika ia memang baik. Ramai yang ternanti-nanti penjelasan daripada Najib," tegas Shuhaizan, dipetik dari Harakahdaily.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menegaskan status siasatan ke atas bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, sebelum dimahsyurkan sebagai Yang Di-Pertuan Negeri berkenaan.

Malah, beliau semalam membuat memorandum serta merufuk sembah kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya tidak memperkenan pelantikan Taib sebagai Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment