18 February 2014

Karpal tak menyesal selepas nasihat Sultan jangan kudeta Perak


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KUALA LUMPUR -  Karpal Singh berkata beliau tidak akan menyesal walaupun dimangsakan dek Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Februari depan ekoran didakwa menyentuh peribadi Sultan Perak.

Pengerusi DAP Kebangsaan itu didakwa berkata, penyingkiran Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh pemerintah boleh dipersoal dalam mahkamah.

Ucapan yang kononnya berunsur hasutan terhadap Sultan Perak itu diluahkan pada 6 Februari 2009 di firma guamnya dekat Kuala Lumpur.

"Saya tidak menyesal, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana sabitan itu tidaklah membawa hukuman mati," ujar peguam berusia 73 tahun tersebut.

Bulan lepas, anak tertuduh, Gobind Singh Deo berkata, Karpal tidak mempersoal hal pemerintah untuk melantik seorang Menteri Besar Perak, tetapi perdebatan anak guamnya ada mengenai kuasa pemerintah itu hanya boleh dilaksanakan apabila berlaku kekosongan.

"Undang-undang mengenakan pemerintah didakwa dan ia adalah untuk sebab ini bahawa Mahkamah Khas ditubuhkan pada tahun 1963," jelas Gobind.

Kali pertama Karpal dibebaskan tanpa membela diri pada bulan Jun 2010.

Mahkamah Rayuan pada Januari 2012 bagaimanapun memerintahkan Karpal meneka diri, selepas rayuan pendakwa raya dibenarkan.

Karpal mempunyai dua lagi pusingan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan jika disabitkan bersalah.

Di sisi Perlembagaan Persekutuan, beliau boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi setahun.

No comments:

Post a Comment