15 February 2014

"Ops Lalang Mahathir pandai, saya tubuh tabung bela pesara tentera"

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hanya pandai mengambil kesempatan atas tragedi Operasi Lalang, tetapi bekas perdana menteri merangkap menteri kewangan berkenaan langsung tiada komitmen untuk membela pesara tentera.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, salah satu usaha yang dilakukannya bagi membantu anggota tentera semasa memegang jawatan Menteri Kewangan adalah meluluskan beberapa projek dan penyenaraiaan saham di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain Koperasi Tentera dan Polis.

"Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu memberikan kelulusan.

"Sebabnya kita mahu sebahagian penyenaraian saham LTAT, Koperasi Tentera dan Polis digunakan untuk pelaburan dan sebahagian hasilnya dipulangkan kepada yang dibawah," kata Anwar sambil melahirkan rasa kesal terhadap nasib pesara tentera yang tidak terbela di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan (Pahlawan) di Kelab Darul Ehsan di Selangor, semalam.

Langkah itu, katanya, pesara tentera dapat mengambil manfaat berjuta-juta ringgit apabila penyenaraian saham tabung itu dilakukan kelak.

Malangnya, menurut beliau, usaha tersebut akhirnya gagal kerana pemimpin Umno dan Barisan Nasional di Putrajaya tidak memahami maksud asal penubuhan tabung tersebut.

"Beri ratus juta ringgit itu bukan untuk catat untung besar, tetapi untuk diberikan kepada golongan di bawah," tegas Anwar sambil menambah perkara tersebut hanya dapat diperbetulkan dengan menukar kepemimpinan di Putrajaya.

"Seandainya kita bentuk kerajaan, hari ini kita akan betulkan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment