11 December 2013

UG: Bila Salleh Man nak bertemu PM, cuit Roslan Saidin



Kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap sebagai kelangsungan idea Kerajaan Perpaduan (UG) PAS dan Umno sebelum ini turut dicuit dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin membangkitkan pertanyaan itu sambil menuntut resposn lanjut daripada ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

"Menteri Besar Kelantan (Ahmad) telah bertemu Datuk Seri Najib Razak, YB Permatang Pasir (Mohd. Salleh bila lagi," tanya Roslan dalam nada seloroh.

Roslan, wakil rakyat Umno secara tiba-tiba membangkitkan soalan itu perbahasan 'Doktor Rasis' : Roslan Saidin dirujuk ke JK Hak & Kebebasan panas! diperbahaskan.

Mohd. Salleh dalam reaksi spontan cuba menolak provokatif Roslan, tetapi dihalang oleh ADUN Jawi, Soon Lip Chee serta dipersetujui oleh Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang atas alasan tidak signifikan dengan usul yang dibentangkan itu. 

Tindak-tanduk Roslan itu timbul pelbagai tanda tanya, termasuk dikaitkan dengan pertemuan sulit Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin mesra UG di Pulau Pinang dalam rangka mencari Pesuruhjaya Negeri yang baru.

Samsuri didakwa tidak bertemu dengan semua pemimpin PAS Kawasan di Pulau Pinang, termasuk Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Yang di-Pertua PAS Kawasan Bukit Gelugor merangkap AJK PAS Pusat), tetapi, hanya bertemu dengan pemimpin tertentu yang terlibat mengancam PAS keluar dari Pakatan Rakyat Pulau Pinang sahaja.

No comments:

Post a Comment