11 December 2013

'Doktor Rasis' : Roslan Saidin dirujuk ke JK Hak & Kebebasan panas!

ROSLAN Saidin (berkot cokelat) menjelaskan kepada wartawan mengenai kontroversi isu 'Doktor Rasis' yang menjadi punca ADUN Pinang Tunggal itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan di Dewan Jamuan DUN sejurus ketetapan tersebut dibuat pada pagi tadi.

 Dikemaskini 11.53 pagi  Usul merujuk ADUN Pinang Tunggal Roslan Saidin ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan gara-gara membangkitkan 'Doktor Rasis' pada sidang mesyuarat lepas akhirnya diterima oleh majoriti wakil rakyat di DUN P.Pinang pada pagi tadi.

"Ini masih demokrasi kerana ADUN Pinang Tunggal masih boleh membela diri nanti," kata Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang semasa membuat ketetapan tersebut.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee membuat usul tersebut, sejurus Roslan muncul di dewan persidangan kira-kira 10.13 pagi tadi.

Roslan dalam reaksi spontan menganggap bahawa isu yang dibangkitkannya itu telah selesai.

"(Kenyataan) ini telah berlaku pada sidang yang lepas, saya anggap apabila sidang lalu dah selesai, maka ia sudah selesai.

"Sesekali saya tidak akan memohon maaf," dalih Roslan di sebentar tadi.

Dalam nada seloroh, Roslan juga berkata, beliau juga berhasrat menuntut permohonan daripada Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

"Kalau YB Speaker (Choo Kiang) tidak menjawab soalan-soalan saya pada sidang yang lepas, saya juga mahu merujuk YB Speaker ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan," seloroh Roslan.

Roslan mempertahan kenyataan asalnya sebelum ini berdasarkan langkah Kementerian Kesihatan secara tertutup menukar pentadbiran Hospital Kerajaan serta serta beberapa 'Doktor Cina' terbabit telahpun menerima konsultasi.

Berita berkaitan:

No comments:

Post a Comment