18 December 2013

Exco Kesihatan lancar “Penang Sihat” tahun depan

AFIF Bahardin
KERAJAAN Negeri akan melancarkan program “Penang Sihat” dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, iaitu penganjuran kem kesihatan di kawasan desa khusus untuk golongan berpendapatan rendah.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, program kempen kesedaran itu diharap dapat mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Objektif utama progam ini adalah bagi membangkitkan kesedaran masyarakat berkenaan bahaya penyakit NCD (Non communicable Disease) seperti Diabetes Mellitus, Hipertensi dan penyakit kardiovaskular.

“Sebagai permulaan, program ini akan dilaksanakan sebulan sekali di setiap akan dilaksanakan di setiap KADUN (Kawasan Dewan Undangan Negeri) di seluruh negeri Pulau Pinang,” ujar Dr. Afif pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.

Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, kekerapan program tersebut akan dipertingkatkan kelak berdasarkan respons rakyat di peringkat KADUN kelak.

Hubung saya 0194241583 jika anda berminat untuk buat
advertorial seperti Bangkok Tomyam.

Dalam perkembangan lain,  Dr. Afif berkata, Kerajaan Negeri komited untuk terus menjayakan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Juru seluas 115.2 hektar dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) Penaga kelak.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak berwajib dalam menjayakan dua projek penternakkan itu dapat mengurangkan kebergantungan negeri pada produk-produk import nanti.

Sebelum itu, beliau mendedahkan, pengeluaran produk pertanian seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman ladang meningkat daripada dari 275,128.99 tan kepada 284,300.49 tan.

Peningkatan itu, katanya, menghampiri nilai pengeluaran RM647,634,557 juta.


Purata pendapatan bulanan petani pula, menurut Dr. Afif, meningkat pada kira-kira RM3,454.27.

No comments:

Post a Comment