06 September 2013

Kerjasama MPPP, pelanggan mampu kurangkan sisa pepejal

SUASANA mesyuarat biasa MPPP yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuanya, Datuk Ar. Patahiyah Ismail (paling kiri) di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara.

AHLi Majlis, Dr. Lim Mah Hui berkata, kerjasama antara Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pelanggan mampu mengurangkan keterhasilan sisa pepejal di pulau.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai 40 peratus daripada keseluruhan bajet MPPP dihanguskan bagi pengurusan sisa pepejal.

Menurut beliau, dari 1,400 tan sisa pepejal yang terhasil tiap-tiap hari, 600 tan dikumpul dari rumah-rumah rakyat.

“Kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan dan mengalihkan sisa pepejal bukan sahaja untuk mengurangkan kos, tetapi, juga untuk mengurangkan gas rumah hijau yang merosakkan persekitaran kita,” ujar beliau dalam mesyuarat biasa MPPP di Komtar, George Town baru-baru ini.

Justeru, beliau mencadangkan MPPP mempertimbang cadangan melaksana polisi 'bayar apa yang anda buang' demi mengurangkan kos operasi serta sumber sisa buangan yang kebanyakannya dihasilkan dari rumah-rumah pelanggan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mencadangkan penggunaan mesin bio-regen diperluaskan di lokasi-lokasi strategik sekitar pulau demi demi menukar sisa makanan pada baja cecair.

Tambah beliau, mesin bio-regen secara umumnya digunakan untuk memproses serta merawat hasilan sisa makanan demi mencegah penyebaran penyakit.

Setakat ini, beliau berkata, kira-kira 11 mesin bio-regen telahpun dipasang di beberapa sekolah pilihan, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Heng Ee dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane yang dikatakan menerima sokongan tidak langsung beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Itu, tidak termasuk pemasangan bio-regen pada bulan Ogos dua tahun lepas di pekarangan Kompleks Penjaja Bayan Baru.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen MPPP dalam merealisasikan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus