20 June 2013

Turun papan iklan bahaya, tanpa lesen rugikan MPPP

MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mula menurunkan papan iklan tanpa lesen, khususnya yang didirikan secara berbahaya.

Ahli Majlisnya, L. Prem Anand (kanan) berkata, langkah itu demi mengelak insiden terbaru mengenai runtuhan konkrit penebat kilat dari atas bumbung bangunan Menara Umno Pulau Pinang dekat Jalan Mechalister di sini berulang.

"Selama dua tahun untuk mereka buat 'pemutihan' (memohon lesen), tetapi, mereka gagal.

"Kita tak mahu insiden (seperti) di Jalan Mechalister berulang," tegas beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Jawatankuasa Kecil Papan Iklan, MPPP.

Beliau berkata, 32 permohonan papan iklan sahaja diluluskan.

Menurut beliau, langkah penguatkuasaan terhadap pemilik papan iklan tanpa lesen ini demi keselamatan pelanggan serta mampu menambah lagi sumber pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Katakanlah sewa satu papan iklan di Padang Brown (dekat Datuk Keramat) RM5,000 sebulan, ertinya MPPP boleh mendapat sumber RM60,000 setahun.

"Di situ, ada papan iklan tanpa lesen sampai 10 tahun, bayangkan berapakah keuntungan yang sepatutnya MPPP peroleh untuk satu papan iklan sahaja, tetapi, dikaut oleh syarikat pengiklanan terbabit," ujar beliau sambil memohon MPPP supaya tidak berlembut lagi dengan pihak berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mengganggarkan hampir 5,000 papan iklan tanpa lesen didirikan di sekitar pulau. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus