"KALAU nak Kedah menang balik, sesiapa pun tak payah bertanding. PAS bukannya kelapaq jawatan. Jauh lagi lah nak merampas balik Kerajaan Negeri itu," itu loyar buruk.
Selalu saya dengaq, "jangan minta jawatan".
Lambat laung, kerusi Sungai Limau atau kerusi-kerusi lain di Kedah pun perlu buat persiapan supaya tidak berebut nak jadi calon sampai tak layak mendapat pertolongan Allah.
Kira, itu nasihat yang baik daripada SetPol Azizan Razak. Semua kena sami'na wa a'to'na.
Kedah kalah dulupun sebab semua berebut jawatan kot, bukannya sebab rakyat tolak pentadbiran Azizan Razak.
Yang berebut jawatan seorang dua orang saja. Yang beratus ribu pengundi Kedah tolak PAS tu pasai apa?
Hangpa bukan ada jawatanpun.
Patut Tuhan tolong PAS menang baru-baru ini sebab majoriti hangpa bukan berebut jawatan dan sudah cukup untuk mendapat kemenangan.
Isunya di sini, "jangan berebut jawatan" dalam jamaah. Dalam parti ada SPR pun berubut jadi Senator sebab boleh duit.
Ton tin tung Ustaz Wan Ji at-Ta'addudi kata, Nabi Yusof patut tak berebut jawatan juga. Awat dok tawar diri jadi Menteri Mesir?
Tak pahamkah doktrin Usrah Gabungan (UG) dalam PAS sebut, "jangan minta jawatan"?
Biaq UG kangkang semua jawatan sempena Muktamar Kawasan dan Pusat kali ini, mudah sikit nak bergelap dengan Umno?
Sebenarnya, Yusof A.S minta jawatan sebab nabi itu layak.
Kalau diberi jawatanpun, kalau diri kaki penipu, khianat perjanjian, suka buli orang serta bergandung di jubah Tok Mertua macam Din Ayam, elok tolak jawatan.
Kalau ada pemimpin lebih layak sempena Muktamar PAS kali ini berbanding Din Ayam, takkan perlu ikut cakap SetPol Azizan - "jangan minta jawatan"?
Kalau diri layak, diberi amanah atau mengambil amanah itu adalah sesuatu yang dituntut.
Jangan berebut jawatan itu doktrin Sang Diktator Agama sebenarnya.
No comments:
Post a Comment