28 June 2013

Punca Idris Ahmad prejudis Maqasid sy-Syariah: Wan Ji



SOALAN MUSLIMAT BUKIT GANTANG:
Ada orang kata, ilmu maqasid yang Ustaz Wan Ji ajar mendekati faham Islam Liberal sungguhpun untuk memugar faham Islam dalam PAS agar lebih dinamik. Saya juga takut menjadi Astora Jabat moden dalam jamaah sebab Ustaz Idris Ahmad menasihat begitu. Adakah salah salah menolak maqasid asy-Syariah ini bagi mengelah faham liberal Astora Jabat ini?


JAWAPAN USTAZ WAN JI:
Kegagalan mengklasifikasikan perbincangan maslahah dalam perbincangan maqasid kepada tiga bentuk; Maslahah muktabarah, maslahah mulghah dan maslahah mursalah merupakan lahirkan prejudis negatif terhadap ilmu maqasid syariah sehingga sanggup mencipta istilah negatif, iaitu istilah maqasid aqliah.

Maslahah muktabarah, atau kemaslahatan yang diperkaui dan maslahah mulghah atau maslahah yang perlu diabaikan adalah kemaslahatan yang berlaku pada hukum-hukum yang bersifat dilalah qatiyyah (nas itu ada empat perkara penting : 1- Zanniyyah al-Subut, 2- Zanniyah al-Dilalalah, 3- Qatiyyah al-Subut, dan 4- Qatiyyyah al-Dilalah)

Maslahah muktabarah dan maslahah mulghah, semestinya terhasil dari nas yang bersifat qatie al-Dilalalah, iaitu pendalilan secara qatie. Makanya, ada kebaikan macam mana pun pada arak, tetapi kebaikan itu hendaklah dibuang dan diabaikan (mulghah). Begitujuga, wajib diperkaui kebaikan pada sesuatu suruhan seperti perang, waima di sana terdapat sedikit keburukan (muktabarah)

Pemikiran maqasid yang bukan aliran muktazilah, iaitu sama ada aliran asyairah dan maturidiyyah, penilaian masalah dalam kerangka hukum yang qatiyyah al-Dilalah ini dilihat dalam kerangka berfikir secara ahli Kalam, sedangkan cara muktazilah dilihat dalam kerangka berfikir secara ahl Falsafah.

Adapun dalam perkara yang ijtihadi, juga dalam perkara yang tiada nas, penilaian maslahah diserahkan kepada akal diberikan seluas-luasnya dalam penilaian hukum. Ia tidak menjadi perbincangan panjang antara tiga aliran yang disebutkan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus