DARI KANAN: Dr. Romli Awang, Maimunah Mohd. Sharif dan Rozali Mohamud menafikan laporan berita The Star yang mendakwwa MPSP melakukan penderaan ke atas dua anak anjing itu |
MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri membawa dua anak anjing yang dilaporkan menerima penderaan baru-baru ini ke pusat Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap haiwan (SPCA).
Respons Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif itu sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendera kedua-dua anjing berkenaan.
"Pengadu (dikenali sebagai Encik Kee) sendiri mengesahkan terdapat kecederaan pada leher anak anjing tersebut sebelum ditangkap oleh MPSP.
"Sebenarnya pegawai MPSP sendiri proaktif dengan membawa anak anjing tersebut terus ke SPCA Seberang Perai dari Taman Industri Bukit Minyak (lalu) diserah kepada petugas di situ," jelas beliau baru-baru ini di sini.
Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Dr. Romli Awang (Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, MPSP) turut hadir pada sidang media tersebut.
Pada 27 Mei lepas, Richard Ong dalam satu kenyataan media dilaporkan mendakwa terdapat dua ekor anak anjing kurus ditangkap dan ditempatkan di paun sementera majlis dekat Jalan Betik di sini.
Pelanggan MPSP itu berkata, kedua-dua anjing itu ditemui kurus serta terdapat jerutan wayar aluminium pada leher hatta luka.
Ekoran itu, akhbar arus perdana berbahasa Inggeris, The Star pada 30 Mei lepas melaporkan, "Aktivis kutuk penjagaan kejam anjing".
Romli dalam reaksi spontan seharia kemudian dilaporkan membuat siasatan kesihatan ke atas dua ekor anak anjing tersebut.
Hasil siasatan, Romli mengesahkan bahawa anjing tersebut dikesan luka sebelum ditangkap oleh pihak MPSP lagi.
KERATAN akhbar The Star bertarikh 30 Mei 2013. |
No comments:
Post a Comment