Skip to main content

Melayu di Jepun sensitif soal masa

"Kadar (purata) kelembapan kereta api di Jepun tujuh saat setahun."

Ini cara urus tadbir di Jepun.

Ini juga cara mentaliti orang Jepun.

Orang Melayu yang hidup di Jepun pun ada mentaliti sebegini.

Sani, sahabat saya di Universiti Malaya dulu ada perangai dan meneliti Jepun ini.

Semasa saya berkawan dengan budak budak itu, beliau masih belajar bahasa Jepun di Anjung Jepun dekat Universiti Malaysia.

Selepas saya keluar dari Universiti Malaya, baru saya dapat tahu beliau melanjutkan pengajian tinggi di negara 'Matahari Terbit'.

Pernah satu masa, saya sendiri menyaksikan Sani menunjuk reaksi dingin apabila salah seorang sahabat kami datang lewat main bowling di Bangsar.

Kawan itu lewat hanya 15 minit, tetapi beliau macam melakukan satu jenayah yang besar.

Konotasi 'janji Melayu' hampir tidak wujud dalam kamus kehidupan Melayu berfikiran Jepun ini.

Di Pulau Pinang, saya berkawan dengan Melayu, Cina, India.

Ada seorang kawan istimewa saya berdarah kacukan Yahudi. Sangat cantik, seksi dan bijak.

Sesekali saya cermati, janji temu kami semua tidak ada sampai detik saat.

Selalu masa janji temu kami diatur dalam skala hari - "Kita jumpa Rabu depan."

Atau "selepas Zohor", "hujung bulan".

Paling parah kalau berjanji "kita jumpa selepas Isyak" kerana tempoh tamatnya apabila azan Subuh berkumandang.

Kalau lihat dalam drama Melayu Klasik, janji temu dihitung pada skala "sepurnama", "setanak nadi", "malam esok" dan lain-lain.

Piawaian itu semua sebab tiada jam.

Semua piawaian itu sesuai pada zaman itu, tetapi, tidak sesuai pada zaman sekarang.

Walaupun begitu, semua kawan-kawan saya - Melayu, Cina, India dan Yahudi - itu pun tak pernah buat janji temu dalam detik saat seperti di Jepun.

Bukan kerana kereta api peluru sangat laju, maka skala digunakan dalam saat.

Dalam janji temu Jepun pun begitu.

Ini semua bukan soal darah keturunan atau kenegaraan. Ini soal budaya.

Yahudi yang cerdik seperti kawan saya cerdik pun kalau hidup dalam budaya tidak sihat - tiada disiplin urus masa - akan terus hidup secara tidak sihat.

Melayu bernama Sani boleh bermenteliti Jepun yang sangat sensitif dengan masa 'saat' sama ada masa di Universiti Malaya atau di Jepun, sebab budaya.

Masyarakat yang mahu sangat sensitif dengan masa walau sesaat.

Selalu saya pesan kepada diri sendiri, "manusia yang sibuk sahaja mempunyai masa."

Setuju?