Skip to main content

Kereta Wan Ji disabotaj cat merah 'pemuda'?

Wan Ji Wan Hussin yang seringkali mencuit sensitiviti siasah Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) belakangan ini sekali lagi disabotaj malam tadi semasa penceramah bebas itu sedang menyampaikan usrah pemuda di Markaz Pas Kawasan Jelutong, Pulau Pinang.

Kali pertama, kenderaan penceramah bebas itu disabotaj lebih dua tahun lepas, iaitu semasa beliau menerima layanan dingin daripada Ustaz Zaharuddin Mohamad (Ahli Majlis Syura Pas Malaysia).

"Dulu, kereta ana (saya) pernah disimbah cat dan dipecah cermin. Malam tadi, sekali lagi kena cat merah," ujar beliau di George Town awal pagi tadi.

'Pak Sheikh Muka Buku' itu tidak menolak kemungkinan bahawa sabotaj itu ada kaitan dengan penampilannya di wacana Ingin Jadi Bijak dengan Maqasid Asy-Syariah?  yang dijadual 2.30 petang esok di Yayasan an-Nahdhoh, Kubang Sembang.

Beri lanjut menyusul kemudian.