08 May 2013

Berita Azizan Razak meninggal dunia fitnah

Berita kematian bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang tersebar sejak pagi tadi fitnah semata-mata.

Sejak 11.35 pagi tadi, Pesuruhjaya Pas Kedah itu dikesan stabil di Hospital Besar Pulau Pulang, George Town.

"Tekanan darah Ustaz Azizan kembali normal, pulse rate tachycardia dah...jangan percaya sumber luar. Percaya la sumber daripada Ana (saya)," kata pegawai pembantu perubatan kanan hospital itu menerusi WhatsApp.

Menurut sumber, Azizan sekarang turut menerima rawatan hemodialisis di CCU dalam selama 24 jam.

Lebih sejam lepas, kesihatan Azizan kurang stabil.

"Keadaan Ustaz Azizan sekarang ini berada dalam keadaan kritikal.

"Tekanan darah menurun dlm keadaan severe, sehingga terpaksa on 4 jenis inotropes iaitu dopamine, dobutamine, noradrenaline, adrenaline.

"Beliau juga dalam keadaan koma. Beliau masih bernafas dengan bantuan alat pernafasan (ventilator). Glasgow coma scale (GSC) Ustaz Azizan berada 3/15," lapor sumber sama pada detik 10.51 pagi tadi.

Tengah malam tadi, Azizan dikejar dari Kedah Medical Center (KMC) ke Hospital Besar Pulau Pinang ekoran komplikasi jantung.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus