03 April 2013

Siasat pencerobohan Paya Bakau Balik Pulau, kata Speaker DUN P.Pinang

ABDUL Halim Hussain (empat dari kiri) dengan nelayan dan kakitangan jabatan kerajaan menunjukkan isyarat protes terhadap pencerobohan hutan paya bakau di Balik Pulau baru-baru ini.
PAYA bakau di Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau yang didakwa musnah ekoran projek pembiakan udang mendapat perhatian Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain baru-baru ini.

Beliau berkata, kemusnahan paya bakau itu bukan sahaja mengganggu ekosistem di kawasan pantai terdekat, malah, mendedahkan warga setempat pada kemungkinan bencana alam bak Tsunami jika berlaku kelak.

Ekoran itu, enam jabatan serta agensi kerajaan berwajib termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan negeri didesak membuka kertas siasatan bagi mencari dalang di sebalik aktiviti memusnah alam itu,

"Penebangan (paya bakau) itu dipercayai demi kelangsungan projek pembiakan udang. Ia (siasatan) adalah penting untuk memulihara ekosistem bakau seluas 12 hektar yang terletak di sepanjang pantai Balik Pulau (iaitu) antara kolam udang dan laut," tegas beliau selepas mengetuai operasi meninjau kawasan paya bakau berkenaan, di sini.

Beliau berkata, pemilik tanah paya berkenaan pada 11 Mac lepas dilaporkan telah menerima notis perintah berhenti kerja-kerja penebangan pokok bakau daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Saya menganggarkan bahawa lebih daripada empat hektar hutan bakau telah dibersihkan.

"Setelah siasatan telah selesai, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pesalah itu," kata beliau.

Terdahulu, kontroversi 'benteng laut' itu mula didakwa musnah dalam mesyuarat sidang DUN Pulau Pinang lepas.

Beberapa media tempatan melaporkan, sekumpulan nelayan meluahkan rasa bimbang mengenai mata pencarian masing-masing ekoran dari kemusnahan ekosistem di paya bakau tersebut.

Perkembangan terbaru ini sekaligus mencerminkan Kerajaan Negeri cakna alam sekitar sebagaimana dalam kempen "Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat". -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus