10 April 2013

Umno Balik Pulau bangga Yusmadi menang dengan undi mereka

Umno Balik Pulau turut mengakui Parlimen yang pernah disandang Yusmadi Yusoff sangat kuat dengan politik kedaerahan.

Namun, veteran Umno yang mahu dikenali sebagai 'Abang Lan' berkata Yusmadi akan kalah jika saingannya adalah Sr. Mohamed Farid Saad (pemangku Adun Pulau Betong) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Orang luar yang boleh menang hanya peguam Farid Ariffin seorang sahaja PRU1990 atas tiket Umno, itu pun sebab gambar (calon Semangat 46) Tunku Razaleigh Hamzah pakai tengkolok salib tersebar.

"Yusmadi menang (PRU12) bukan sebab kekuatannya, tetapi, sebab undi kami (daripada) orang-orang Umno," ujar veteran itu awal pagi tadi di warung tomyam Sg.Batu, Balik Pulau.

Nada yang sama turut diakui oleh seorang lagi veteran, yang mahu dikenali sebagai 'anak Abdul Rahim'.

Lelaki separuh abad itu berkata, beliau yakin Farid boleh memenangi kerusi itu.

"Farid boleh bawa 'perubahan' (menang) jika bersabung dengan calon 'orang luar'.

"Dulu (PRU12), kami (penyokong Umno) undi Yusmadi. Pilihan raya kali ini (PRU13) mungkin giliran orang Pakatan Rakyat kempen Balik Pulau pula undi Farid.

"Majoriti (pengundi) Balik Pulau ini memang unik sedikit kerana hanya terima calon anak tempatan," ujar sumber dalam satu reaksi berbeza.

Responden berkata, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak mahu merampas Balik Pulau sempena pilihan raya kali ini jika Yusmadi kembali dicalon semula bertanding atas tiket PKR.

"Hilmi (pemangku Adun Telok Bahang) 'muka lama' yang pernah menang di Parlimen ini. Umno pun nak lihat 'muka baru'.

"Bakhtiar 'muka asing' sebab dia orang luar. Yusmadi 'muka lama' pula. Cari lah muka baru daripada anak tempatan.

"Zolkifly (Md Lazim) pun boleh menang sebab dia 'muka baru' dan anak tempatan. Tetapi, dengan syarat kami (pengundi Umno) lah kena undi dia.

"Tengok lah dulu, Umno letak 'muka lama' atau 'muka baru'. Silap letak calon, sejarah Yusmadi berulang," seloroh Anak Abdul Rahman.

Tunas itu, kedua-dua responden Umno  berkata, anak tempatan yang memenuhi kriteria 'calon rentas parti' akan menentukan menang-kalah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Parlimen itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus