04 April 2013

Lelaki misteri boleh undi 4 kali di Perak!

'PROJEK IC PERAK'

Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menolak 8 Tuntutan Bersih, kes seorang warganegara sah boleh mengundi sebanyak empat kali dalam pilihan raya umum ke-13 didedah.

Pemilik blog Perisik Rakyat mendedahkan, daftar pemilih mengesahkan seorang warganegara bernama Mohd Rashid bin Ismail boleh mengundi di dua kawasan parlimen dan dua kawasan Dun dalam pilihan raya depan.

Topeng Perak Unmasked atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Azmi mendedahkan, lelaki misteri tersebut mempunyai memiliki satu kad pengenalan lama, satu kad pengenalan MyKad (kad pengenalan baru).

Manakala satu lagi MyKad didakwa dalam simpanan Jabatan Pendaftaran Negara.
Berikut adalah butir-butir individu.

No Kad Pengenalan Lama: 6397062
No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail

Bukti semakan dalam laman sesawang JPN seperti dibawah: 


Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR: 

Justeru, blogger berkenaan mendesak pentadbiran Najib supaya melaksanakan 8 Tuntutan Bersih atau bersedia menghadapi perhimpunan Bersih seterusnya kelak.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus