11 April 2013

Guan Eng nasihat PKR, PAS bincang elak Sg.Acheh 3 penjuru


Sidang media Pakatan Rakyat Pulau Pinang pagi ini tanpa kehadiran Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man dan Datuk Mansor Othman (Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Negeri) menggamit pelbagai tanda tanya.

Rata-rata wartawan yang hadir menelah, ketiadaan kedua-dua pemimpin itu ekoran polemik pertandingan tiga penjuru DUN Sungai Acheh yang membabitkan kedua-dua parti itu..

Mohd. Salleh mengumumkan Yusni sebagai calon malam tadi di Markaz PAS negeri, Pongsu Seribu semalam. Manakala, Mansor mengumumkan che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin sebagai calon sehari lebih awal dari PAS.

Mengulas mengenai hal itu, Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan kepemimpinan PAS dan PKR supaya saling berbincang di peringkat tertinggi bagi menyelesaikan konflik kepentingan di DUN Sungai Acheh.

"Ini juga saya baru tahu semalam. Perbincang kerusi secara dua hala, kita tak bincang ketiga-tiga sekali (PKR, PAS dan DAP). Jika PAS berbincang dengan PKR, takkan DAP akan campur.

"Kerana ini telah diumumkan melibatkan kedua-dua parti, eloklah diselesaikan oleh kedua-dua parti," ujar Guan Eng yang juga pemangku Setiausaha Agung DAP di Wisma DAP, Jalan Ranggoon, Geogrge Town.

Mansor diwakili oleh Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Datuk Abdul Halim Hussein. Manakala, Mohd. Salleh diwakili oleh dua Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Taqiudin Hamzah dan Mohd Fauzi Yusoff serta Mohd. Noor Harun (Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang).

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tampil lewat, sejurus sidang media selesai.

"Pada pendapat saya, kedua-dua pihak (PKR dan PAS) mesti meneruskan perbincangan dan membuat keputusan akhir (berhubung (pertembungan tiga penjuru di DUN Sungai Acheh)," seloroh Mohamad Sabu yang diumum bertanding di Parlimen Pendang, Kedah sempena pilihan raya umum kali ini.

Hampir semua pemangku Exco Kerajaan Negeri dan kepemimpinan DAP negeri menyertai sidang media itu.

Selain itu, Guan Eng berkata,  Majlis Pelancaran Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang akan dilangsungkan pada Isnin, 15 April jam 6.00 petang di Hotel Vistana, Jalan Bukit Gambar.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 akan menjadi tetamu khas bagi merasmikan pelanjaran Manifesto Pakatan Harapan Rakyat.

"Tetamu khas yang telah bersetuju dalam majlis pelancaran manifesto ini tentunya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujar Guan Eng.

Menurut Guan Eng, majlis pelancaran manifesto kali ini penting kerana ia turut akan menyentuh mengenai usaha Pakatan Rakyat negeri membela nasih golongan luar bandar dan sektor pelancongan sekiranya terus diberi mandat sekali lagi untuk menubuh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kelak.

"Kerajaan Negeri sama-sama mengambil berat tentang kebajikan mereka (pertanian luar bandar) sungguhpun tanggungjawab itu bukan di bawah Kerajaan Negeri, tetapi di bawah Kerajaan Pusat (Barisan Nasional). 

"Nelayan-nelayan pantai, kalau (Pakatan Rakyat) diberi mandat semula (menubuhkan Kerajaan Negeri), kita akan memberi apa yang telah dirintis sebelum ini, iaitu memberi pukat kepada nelayan pantai sepanjang tahun. Kalau ia boleh tahan dua bulan, kita akan beri setahun dua kali," ujar beliau.

Beliau berkata, insentif kepada warga luar bandar itu dijangka membabitkan antara 400 hingga 500 nelayan pantai sahaja sekitar Pulau Pinang.

Selain itu, beliau berkata, jika Pakatan Rakyat diberi mandat semula menubuh Kerajaan Negeri, insentif RM600 akan diberi kepada pemandu teksi berdaftar atas pertimbangan mereka ini berkhidmat secara tidak langsung memperkenal Pulau Pinang kepada warga pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

"Mereka (pemandu tekni) yang mengusahakan sektor pelancongan, kerajaan negeri akan memberi insentif kepada mereka. Sektor pelancongan sangat penting bagi Pulau Pinang, untuk pemandu teksi yang sah, setahun RM600 intensif," ujar beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus