26 March 2013

Tiada lagi pinjaman 10 tahun untuk penjawat awam selepas PRU13?

SATU draf penstrukturan polisi kewangan yang baru siap dan baru dikemukakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang tadi.

Sumber dari pejabat itu mendedahkan, draf itu bukan sahaja menyentuh mengenai penstrukturan tangga gaji yang baru membabitkan anggota tentera sebagaimana diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Malah, sumber berkata, larangan penjawat awam membuat pinjaman melebihi 10 tahun akan dikuatkuasa serta merta jika pentadbiran Najib kekal di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Polisi pinjaman tak melebihi 10 tahun ini akan menjejas penjawat awam yang nak beli rumah, kereta dan lain-lain," ujar sumber menerusi Whatsapp petang tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus