20 March 2013

Ahli Kristian jadikan Umno bukan parti Melayu lagi :Veteran DAP

ZOLKIFLI Mohd. Noor
KiRA-KiRA 3.2 juta ahli Umno bukan semuanya mengamalkan Islam secara benar, malah, ada di antara pemimpin parti itu didedah bukan beragama Islam serta bukan Melayu.

Justeru, Veteran DAP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, pemimpin parti itu tidak layak memaksa orang Melayu hatta orang Islam untuk menyokong mereka sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Menganggap Umno sebagai satu-satunya parti Melayu adalah retorik kerana parti itu turut membuka keahlian kepada Siam dan beberapa etnik bukan Melayu di Sabah dan Sarawak.

"Kristian pun ada...bukan semua ahli Umno beragama Islam...mengapa parti itu cuba menimbulkan kebencian politik semasa rakyat sama ada membabitkan ahli politik Islam atau bukan Islam," tegas beliau dalam satu wawancara tengah hari tadi di George Town.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu bagaimanapun tidak menyebut dengan lebih lanjut mengenai hal itu.

JOHN Ambrose
Pun begitu, beberapa blog pada Mac tahun lepas pernah mendedahkan, Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose didakwa beragama Kristian.

Seorang perwakilan Umno Sabah sempena PAU11, John Ghani yang kerketuruan Kadazan-Dusun sebelum ini turut didedah beragama Kristian.

Seorang lagi Kristian, Datuk Seri Idris Jala yang dilaporkan mengaku melepaskan 35,000 naskah Injil Kristian berbahasa Melayu di negara ini baru-baru ini turut dikaitkan dengan "sandiwara Umno membela Melayu-Islam" sungguhpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak rekod  keahlian dalam Umno.

Menurut beliau, Perkara 60 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut, "orang Melayu itu mestilah beragama Islam mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu..."

Manakala, Fasal 4 Perlembagaan Umno menyebut, bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3).

Mamak dari Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.

Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Tambah Zulkifli, DAP juga tidak boleh dituduh sebagai parti Cina kerana dalam parti masa depan itu terdiri oleh beberapa tokoh Melayu seperti Senator Dr. Ariffin SM Omar (Naib Pengerusi DAP baru), Zairil Khir Johari (Setiausah Politik bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng) dan banyak lagi.

"DAP bukan parti Cina sebab itu saya sudah lama berdiri dalam parti demokratik ini. Sekarang, kita (DAP) ada Dr. Ariffin, Zairil dan banyak lagi.

"Selain Umno, Melayu turut menyertai PAS, PKR dan DAP...Ini yang Umno cuba bohong rakyat," seloroh veteran politisi itu.

No comments:

Post a Comment