07 February 2013

UG II: Mustafa Ali, Hadi cuba khianat perjanjian PR lagi?


MUSTAFA Ali telah melakukan yang terbaik untuk menjernihkan polimik adik didikkannya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disebut-sebut sebagai calon perdana menteri dalam muktamar PAS November lepas.

Sejak itu, Pakatan Rakyat tidak mengadakan lagi mesyuarat membabitkan pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

Pemimpin DAP di semua pentas politik mengumumkan kesediaan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi, iltizam politik itu tidak dilakukan oleh PAS.

Di Perak sekarang, DAP atas semangat Pakatan Rakyat masih bersedia menamakan Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar jika Pakatan Rakyat mengambil alih semula Kerajaan Negeri Perak di PRU13 nanti.

Tetapi, PAS tidak berupaya membuktikan bahawa parti Islam itu lebih mempunyai semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat berbanding PKR dan DAP.

Selagi PAS tidak bersedia menerima konsesus Anwar sebagai Perdana Menteri, mesyuarat Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat itu dingin sehingga sekarang.

Malah, Mustafa Ali bersama-sama Abdul Hadi dalam satu mesyuarat PAS Pusat cuba menamakan Tengku Razaliegh Hamzah yang lebih dikenali sebagai "Ku Li" sebagai calon perdana menteri Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar seorang sahaja yang bersetuju PAS senada dengan DAP dan PKR dengan menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Dulu, arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor pun umum Anwar Perdana Menteri jika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad tumbang di Putrjaya. Anwar semasa itu dalam penjara.

Selepas PRU1999, Fadhil diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia kerana represantasi PAS terbanyak dalam Dewan Rakyat berbanding DAP dan PKR.

Namun, semua pertimbangan politik itu dipandang dingin oleh semua pemimpin tertinggi, termasuk grup Erdogan yang dikatakan "pengecut serta sayang kedudukan masing-masing berbanding kewajipan memelihara perjanjian demi menjaga imej Islam sebagai agama yang adil".

Lanjutan itu, grup Erdogan yang dahulunya setia dengan muafakat Pakatan Rakyat sendiri mencadangkan supaya PAS meminang Ku Li untuk menjadi ahli PAS sekarang, iaitu sebelum PRU13.

Dengan berbuat demikian, lebih memudahkan rancangan PAS menggantikan Anwar dengan Ku Li.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diarahkan untuk bertemu dan meminang Ku Li.

Dalam pertemuan empat mata, Ku Li ]mengaku bahawa Mustafa Ali dan Abdul Hadi ada menyatakan hasrat tersebut sebelum diluahkan oleh Mohamad sendiri.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai "Abang Mat Sabu" pun didedah terpinga-pinga dengan reaksi Ku Li itu.

Gambarannya, sebelum keputusan dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat, Mustafa dan Abdul Hadi awal-awal lagi mengadakan pertemuan sulit dengan Ku Li.

Kalau dahulu, Mustafa dan Abdul Hadi ini (termasuk Nasharuddin Mat Isa serta Datuk Hasan Mohd. Ali) didedah mengkhianati perjanjian bersama Pakatan Rakyat dengan mengadakan Kerajaan Perpaduan (UG) bersama Umno dalam gelap, sekarang, Setiasuaha Agung serta Presiden parti itu mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Ku Li pula.

Firman Allah yang bermaksud:

"Patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka?" (Surah al-Baqarah:100)

No comments:

Post a Comment