25 February 2013

Hansard Parlimen dedah Menteri Umno isyarat halang Guan Eng hapus tol Jambatan P.Pinang?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIM GUAN ENG

KAWASAN : BAGAN

TARIKH : 26 NOVEMBER 2012 ( ISNIN )

SOALAN :

YB TUAN LIM GUAN ENG minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tol yang akan dikenakan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang. Bilakah ia akan siap dan akan dibuka untuk kegunaan awam. Nyatakan juga kos perkembangan pembinaan jalan-jalan penghubung dari Jambatan Kedua Pulau Pinang yang mendarat di Batu Maun ke George Town dan ke Balik Pulau, tarikh ia siap, kos pembinaan dan kepada kontraktor mana. Adakah projek ini akan siap serentak atau selepas Jambatan Kedua Pulau Pinang siap.

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2012 kemajuan fizikal keseluruhan projek membina Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah mendahului jadual, iaitu 84% telah siap berbanding 82% mengikut jadual asal. Berdasarkan perancangan oleh syarikat konsesi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), projek dengan nilai kos RM4.5 billion itu dijangka akan siap keseluruhannya pada bulan September 2013 dan akan dibuka kepada lalu lintas pada bulan November 2013. Manakala kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang akan diumumkan setelah keseluruhan projek ini disiapkan kelak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi mengatasi masalah kesesakan lal lintas yang dijangka berlaku apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kelak, Kerajaan Persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju untuk menaik taraf 3 jalan utama di bahagian pulau dengan anggaran kos projek keseluruhan sebanyak RM780 juta. Ketiga- tiga cadangan projek jalan terlibat ialah menaik taraf Jalan Persekutuan FT 3113 dari Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang sepanjang 4.5 kilometer; menaik taraf Jalan Negeri P10 dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah sepanjang 6 kilometer dan menaik taraf Jalan Persekutuan FT06 dari Teluk Kumbar ke Bayan Lepas sepanjang 2.7 kilometer.

Berdasarkan perancangan dan semakan semula oleh kementerian ini, ketiga- tiga projek itu akan dimulakan selewat- lewatnya pada akhir tahun ini (2012) dan dijangka siap secara berperingkat- peringkat, iaitu dalam tempoh 18 bulan. Pada masa kini reka bentuk projek-projek berkenaan sedang di peringkat akhir sebelum proses memanggil tender dibuat. Oleh itu, sementara menunggu projek – projek tersebut disiapkan, kementerian ini akan meningkatkan aspek sistem pengurusan trafik (traffic management), khususnya di Jalan Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang. Ia bertujuan untuk melicinkan pergerakan aliran trafik di laluan berkenaan dan seterusnya mengurangkan impak kesesakan lalu lintas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus