27 July 2012

MPN patut cadang PM buang nama penggundi ragu jika yakin menang PRU 13



Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

MAJLiS Profesor Negara (MPN) yang membuat kajian mengenai ‘Majaroti Mahu BN Kekal Tadbir Pusat’ mendapat tempelak daripada rakyat sekaligus menampakan sekali lagi ‘ke-kangkongan’ badan akademik tersebut.

Selepas ‘diketawakan’ rakyat dalam beberapa isu seperti ‘Malaysia tidak pernah dijajah’ dan ‘Isu Mat Indera’, kumpulan yang digelar ‘kang-kung’ ini sekali lagi membuat dapatan kajian yang berbentuk lucu dan humor kepada rakyat.

Kita tidak tahu samada semua ‘kang-kung’ ini sedar atau tidak dengan kajian mereka. Adakah mereka buta dengan kebangkitan rakyat? Atau hanya mereka-reka digit-digit tersebut untuk memuaskan hati Perdana Menteri?

Apakah mereka tidak melihat bahawa rakyat bangun melawan regim BN yang zalim di seluruh pelusuk Negara? Adakah mereka tidak melihat kebangkitan rakyat dalam perhimpunan BERSIH, HIJAU, OREN dan lain-lain lagi?

Badan akademik ini yang selalu melakukan ‘kontrovesi’ tidak lagi dihormati oleh rakyat seperti Badan Peguam, SUHAKAM dan lain-lain lagi yang lebih dilihat dinamik dan berintegriti berbanding MPN yang dilihat lebih bersifat membodek.

Sebelum PRU 12, Merdeka Center telah melaporkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat 72 peratus undi popular, namun apa yang terjadi pada Mac 2008? BN hilang 2/3 kerusi Parlimen dan 5 buah negeri.

Apa yang menarik, pelbagai ‘umpan’ yang diberikan oleh Pak Lah antaranya rebet cukai jalan dan lain-lain pada masa itu gagal menarik penggundi sehingga Imam Islam Hadhari hampir menjadi PM terakhir Umno/BN.

Sejarah itu berulang kini, Najib diampu bagaikan dewa yang turun dari kayangan. Apa yang dilakukan oleh Najib cuba ‘disolek’ menjadi indah dan menawan. Tetapi hakikatnya, rakyat semakin menyampah dengan Umno/BN.

MPN tidak seharusnya menjadi bahan ketawa anak muda kini yang semakin terbuka dan boleh menerima perubahan reformasi dan bukannya transformasi ‘kosmetik’ yang dibawa Najib.

Golongan cerdik pandai ini juga turut mengampu sehingga ‘wajah’ cendiakawan yang menghiasi muka mereka menjadi begitu buruk dan hodoh akibat perbuatan mengampu mereka itu.

Penulis mencabar MPN agar memberi saranan kepada Najib supaya mengeluarkan hampir 400,000 nama meragukan dalam daftar pemilih SPR pada saat ini dan bubarkan Parlimen jika yakin boleh merampas kembali 2/3 majaroti Parlimen dan 4 buah negeri?

Jangan jadikan badan akademik Negara sebagai satu alat Umno/BN sehingga mencacatkan wajahnya sendiri akibat terlapampau mengampu kerajaan.

Artikel berkaitan:
Kempen Aman Malaysia,‘Saya Pilih Mengundi’ cuba tutup penyelewengan SPR

No comments:

Post a Comment