Soalan
Apa hukum menanam jenazah Muslim di perkuburan orang-orang Kristian kerana ketiadaan kubur bagi orang-orang Muslim atau ada perkuburan orang-orang Muslim tetapi ia terletak jauh dari keluarga si mati sehingga tidak mudah bagi mereka untuk menziarahi si mati jika mereka mahu?
Jawapan Dr Yusof al-Qardhawi
Terdapat hukum-hukum syara’ berkaitan dengan seorang Muslim jika ia meninggal dunia seperti memandikan, mengkafan dan solat ke atasnya. Di antaranya juga ialah menanamnya di perkuburan orang-orang Muslim.
Yang demikian itu adalah kerana bagi orang-orang Muslim, cara tersendiri dalam menanam mayat dan menjadikan tanah sebagai tempat perkuburan dari segi saiz, arah yang menghadap kiblat, jauh dari menyerupai orang-orang Musyrik, orang-orang yang membazir dan yang seumpamanya.
Telah diketahui umum bahawa setiap penganut agama mempunyai tanah perkuburan mereka yang tersendiri.
Telah diketahui umum bahawa setiap penganut agama mempunyai tanah perkuburan mereka yang tersendiri.
Orang-orang Yahudi mempunyai tanah perkuburan mereka. Orang-orang Kristian mempunyai tanah perkuburan. Para penyembah berhala juga mempunyai tanah perkuburan.
Maka bukan satu perkara yang pelik untuk orang-orang Muslim mempunyai tanah perkuburan mereka sendiri.
Menjadi kewajiban setiap kelompok umat Islam di negara-negara bukan Islam untuk berusaha melalui kerjasama sesama mereka untuk mengadakan tanah perkuburan khas dan terpisah bagi umat Islam.
Selagi ada jalan, mereka hendaklah berusaha untuk meyakinkan pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Jika umat Islam tidak mampu untuk mendapatkan tanah perkuburan khas dan tersendiri, paling kurang ialah mendapatkan sebahagian tanah di satu sudut dari tanah perkuburan orang-orang Kristian untuk menanam jenazah-jenazah mereka.

Jika kesemua itu tidak boleh diperolehi, lalu meninggal seorang dari mereka, hendaklah mereka berusaha untuk memindahkan jenazah itu, jika boleh, ke bandar lain yang terdapat perkuburan orang-orang Muslim.
Jika tidak boleh juga, maka tanamkanlah jenazah itu di perkuburan orangorang Kristian, mengikut apa yang mereka mampu dan sejajar dengan hukum dharurat.
Sesungguhnya Allah taala tidak mentaklif seseorang kecuali sekadar keupayaannya. Seorang Muslim soleh yang mati, tidak akan termudharat jika ditanam di perkuburan bukan Muslim dalam keadaan seperti ini.

Apa yang memanfaatkan seorang Muslim di Akhiratnya ialah usaha dan amal solehnya, bukan tempat perkuburannya. Allah taala berfirman yang bermaksud;
“Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (An-Najm : 39)
Akhir sekali, saya ingin katakan kepada saudara yang bertanya bahawa jarak jauh perkuburan si mati bukan alasan bagi membolehkan jenazah di tanah di perkuburan orang bukan Muslim.
Sesungguhnya menanam seorang Muslim di perkuburan orang Muslim adalah satu kewajiban sebagaimana yang jelas dari Ijma’ para ulama. Manakala menziarah si mati adalah sunat.

Oleh itu, tidak boleh meninggalkan kewajiban kerana sesuatu yang sunat.
Saya juga ingin menerangkan bahawa pada dasarnya menziarah kubur disyariatkan untuk maslahat orang yang berziarah, agar dia mengambil iktibar dan pengajaran, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits yang bermaksud;
“Aku dahulu melarang kamu menziarah kubur. Ziarahilah ia. Sesungguhnya ia melembutkan hati, menjadikan mata menangis dan mengingatkan Akhirat."
Seorang Muslim boleh mendoakan dan memohon keampunan bagi si mati. Dengan kelebihan dari Allah taala, pahala akan tetap sampai kepada si mati walau di mana sekali pun orang yang berdoa dan memohon keampunan itu berada.

__________
Terjemahan dari kitab Fiqh al-Aqalliyat al-Muslimah (Hukum Fiqh Bagi Minoriti Muslim) oleh Dr Yusof al-Qardhawi.
No comments:
Post a Comment