05 March 2012

P.Pinang tawar model CAT atasi MAS rugi RM2.52 bilion

SYARiKAT Penerbangan Malaysia (MAS) wajar ditawarkan model bisnes baru berasaskan prinsip  'Cekap, Akauntabel dan Telus' (CAT) sebagaimana yang diamalkan dalam urus tadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menterinya, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian baru-baru ini sebagai reaksi pada kerugian mengejutkan sebanyak RM2.52 bilion yang dialami oleh syarikat penerbangan nasional itu.

Beliau berkata, amalan CAT terbukti melonjak Pulau Pinang sebagai negeri paling tinggi menerima pelaburan asing langsung (FDI) pada tahun 2010, iaitu sebanyak RM12.2 bilion.
"Urus tadbir yang 'Cekap, Telus dan Amanah' (CAT) bukan sahaja meyakinkan pelabur untuk datang ke negeri ini, malam menguntungkan rakyat," ujarnya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan kata, amalan CAT juga telah melonjak Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan pembuatan terbaik selama dua tahun berturut-turut di negara  ini, iaitu pada tahun 2010 dan 2011.

Ujarnya lagi, amalan CAT turut meletakkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan bajet setiap tahun sejak 2008, selain berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus atau RM600 juta menjadi RM30 juta sahaja.

Berbeza dengan MAS, beliau berkata, prestasi syarikat penerbangan kebangsaan itu mula menjunam sejak tahun 2009, iaitu ketika Datuk Seri Idris Jala melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam syarikat itu bagi dilantik ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Keuntungan bersih MAS bagi tahun 2009 dan 2010 masing-masing sebanyak RM490 juta dan RM234 juta sebelum didedah rugi sebanyak RM2.52 bilion pada tahun lepas.

Ketika Idris dilantik sebagai CEO pada tahun 2005, keuntungan MAS dicatatkan sebanyak RM850 juta berbanding kerugian RM1.3 bilion dalam masa dua tahun sebelum itu.

Simpanan tunai MAS pula didedah RM1 bilion pada akhir tahun lepas sungguhpun pada tahun 2010, syarikat penerbangan nasipnal itu mempunyai simpanan tunai sebanyak RM2.1 bilion.

Aset bersih MAS turut menguncup dari RM3.5 bilion kepada RM1.1 bilion dalam tempoh tersebut.

Melihat rekod buruk MAS itu, Guan Eng berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar berdalih kononnya kerugian yang dialami MAS itu berpunca oleh senario ekonimo global yang kononnya tidak sihat.

Ini kerana katanya, Singapura Airlines masih mencatatkan keuntungan untuk tahun lepas ketika MAS mengalami kerugian sebanyak RM2.52 bilion.

Tambahnya lagi, Air Asia sendiri mengalahkan MAS dari segi segi pemodalan pasaran sungguhpun syarikat itu adalah syarikat penerbangan tambang murah yang kecil.

Permodalan pasaran Air Asia sebanyak RM10.1 bilion berbanding MAS, iaitu sebanyak RM4.8 bilion sahaja.

"Mengapa syarikat penerbangan bajet yang mengenakan caj yang lebih rendah boleh berjaya dan untung berbanding syarikat penerbangan kebangsaan yang mengenakan caj tinggi," soal beliau.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyifatkan usaha kerajaan pusat menyelamatkan MAS pada tahun 2001 dengan menjual saham kepada Tan Sri Tajudin Ramli sebagai  "piratisation" atau perompakan yang menyamar sebagai penswastaan.

Ini keraja, kerajaan pusat telah membayar dua kali ganda kepada Tajudin, iaitu RM1.8 bilion atau RM8 sesaham sungguhpun harga pasaran sebenar hanya RM3.68 bilion.

"Model bisnes yang sedang digunakan oleh MAS jelas sudah gagal. Sekiranya MAS terus menggunakan kaedah perancangan pusat dan membenarkan campurtangan (ahli) politik yang membiakkan rasuah dan ketidakcekapan, syarikat penerbangan kebangsaan kita akan ditakdirkan gagal," ujarnya.

Prestasi MAS yang dilihat kian buruk belakangan ini dijangka memberi kesan berantai terhadap kerajaan pusat kelak. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus