22 February 2012

‘Brain Drain’, Talent Copr. & Najib…


DUA tahun lepas, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Dewan Rakyat telahpun mendedahkan bahawa sebanyak 784,900 rakyat Malaysia menetap di luar negara sejak tahun 2000 hingga 2007.
10 negara dikenal pasti menjadi destinasi hidup dan kerjaya, antaranya Indonesia (303,828), Australia (78,854), Brunei Darussalam (57,346), Filipina (56,346), Amerika Syarikat (51,669), United Kongdom (50,061), Indonesia (46,850), Kanada (21,721), Jerman (16,602) dan India (14,932).
Sidang Dewan Rakyat lalu mendedahkan lebih 504,000 rakyat tempatan (termasuk tenaga mahir) sekitar Mac 2008 hingga Ogos 2009 telah berhijrah keluar meninggalkan tanah air.
Sumber rasmi Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberitahu bahawa sejak 2001, kerajaan pusat melalui Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Bekerja Pulang Ke Malaysia (REP).

Menerusi program tersebut, kerajaan sehingga 7 Oktober 2010 hanya berjaya meluluskan 1,021 permohonan pulang ke tanah air.
Sambutan yang kurang memberangsangkan itu, menurut laporan Hansard Parlimen (12 Oktober 2010) mendorong Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I melancarkan pula Talent Corporation (TC) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) sekarang.
Iklim migrasi meninggalkan negara atau selalu disebut-sebut sebagai Brain Drain memperkukuh tekad Najib untuk melancarkan TC pada Januari depan.
“Sebelum ini, kita menunggu mereka kembali kepada kita (Malaysia), tetapi kali ini kita akan mencari mereka (rakyat Malaysia yang berbakat).”
“Kami akan mengenal pasti apa yang diperlukan oleh mereka untuk mendorong mereka pulang dan pada masa yang sama mencipta peluang perniagaan yang lebih baik serta membayar upah gaji yang lebih selaran dengan gaji global,” ujarnya di Malaysia-Today, http://www.malaysiatoday.com (4 Okt. 2010).
Pun begitu, Ahli Perlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifly Ahmad dalam satu wawancara eksklusif sebelum ini berkata, selagi pentadbiran Najib gagal menghakis fenomena Zenofobia atau samangat membenci orang-orang asing, kesulitan tersebut sukar ditangani.
“Tidak cukup sebenarnya Najib cuba memanggil pulang dengan janji-janji kehidupan yang lebih baik, prospek kerjaya yang katanya kian pulih.”
“Demokrasi negara perlu dipulihkan dulu, institusi kehakiman perlu dibebaskan dulu, ekonomi negara perlu diberdayakan dulu kerana ini semua sebenarnya merupakan antara faktor yang bukan sahaja meyakinkan mereka yang terbabit, malah boleh menarik minat tenaga mahir dunia untuk datang ke negara kita,” ujarnya.
Katanya lagi, Brain Drain kalau merujuk pada karya Day of Empires tulisan Amy Chua, sebenarnya turut dialami oleh kebanyakan negara-negara bangsa yang lain.
Yang mengejutkan, katanya Amerika Syarikat yang umum menganggap sebagai hegemoni dunia serta pelbagai tanggapan buruk lain nampaknya masih membuktikan bahawa negaranya adalah antara destinasi terbaik tenaga mahir.
Emy Chua, kata katanya mendedahkan Amerika Syarikat merupakan destinasi pilihan tenaga mahir dari Maxico (7,841,000), China (1,391,000), Filipina (1,222,000), India (1,007,000) dan Cuba (952,000) sejak tahun 2001 lalu.
Katanya lagi, Emy Chua berpendapat, faktor pluraliti atau kepelbagaian merupakan salah satu faktor yang yang menggamit minat dunia untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai destinasi hidup dan dunia mencipta kerjaya yang lebih sihat.
Faktor pluraliti ini mengakibatkan Rumah Puteh bukan sahaja menganggap tenaga mahir luar sebagai salah satu sumbu kekuatan pada negaranya.
Bahkan, pluralisasi ini mendorong Rumah Puteh cuba menjadikan tenaga mahir luar sebagai sebahagian dari tamadun Amerika Syarikat dengan memberikan kerakyatan khas kepada tenaga mahir terbabit.
German kemudiannya juga cuba membuktikan bahawa negaranya lebih mempertahankan pluralisasi, namun gagal mendahului Amerika Syarikat.
Menurut Amy Chua, kebimbangan umum German untuk memberikan kad hijau (kerakyatan) kepada tenaga mahir di negaranya sebagaimana yang telahpun dilaksanakan di Amerika Syarikat mengakibatkan dunia lebih yakin dengan Amerika Syarikat.
Di Malaysia, kata Dzulkifli, api perkauman yag ditiupkan oleh segelintir pemimpin Umno seakan merumuskan Malaysia tidak mampu dilihat plural di mata dunia.
Di sebalik laungan 1Malaysia, kedengaran aksi mengarak kepala lembu berdarah, orang bukan Islam/Melayu diugut supaya tidak menggunakan kalimah Allah serta berleluasanya vandalisme ke atas beberapa surau dan rumah ibadat penganut agama-agama lain.
Kelahiran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pula seakan mengeruhkan lagi iklim Melayufobia dan Islamfobia yang ditiupkan oleh Umno BN.
Beberapa aksi Ibrahim Ali, Pengerusi dan Pengasas Perkasa merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas belakangan ini yang dianggap umum mengugut kepentingan Melayu dan bukan Melayu menjelaskan lagi garis politik Zenofobia di tanah air.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat, katanya serangan bertubi-tubi media arus perdana dalam kesemua isu yang disebutkan di atas mengajar PAS, DAP dan PKR untuk saling melengkapi demi mempertahan mandat di negeri-negeri yang ditadbir mereka.
Namun, sekiranya ketiga-tiga parti gagal mempertahankan kekuatan pluralisasi yang dimuafakatkan bersama melalui Pakatan Rakyat ini, katanya tidak mustahil fenomena Brain Drain ini turut akan melanda Pakatan Rakyat pada musim PRU13 nanti. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus