Wakil rakyat PKR ‘pening kepala’ apabila Anwar meterai perjanjian aneh dengan AS


BUKAN sahaja Ahli Parlimen Pembangkang, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri turut mengeluh apabila dibangkitkan mengenai perjanjian terbaru yang dimeterai oleh pentadbiran Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx), Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim sendiri dengan pemerintahan Amerika Syarikat (AS). 

WONG Chen
Di media sosial peribadi, Ahli Parlimen Subang Jaya, YB Wong Chen antara lain berkata beliau menghabiskan masa yang lama untuk meneliti terma rundingan perdagangan dengan AS. 

Dia turut berhasrat untuk memaklumkan kepada anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk mengadakan sesi pendengaran dalam masa terdekat supaya Kerajaan Madani dapat memperjelas dan menghuraikan mengenai terma-tema ini (iaitu Artikel 5.1 Tindakan Saling Melengkapi).

"Saya berada di Parlimen Malaysia pada awal hari ini. 

“Saya meluangkan sedikit masa meneliti terma-terma perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat. Terdapat banyak, sungguh banyak isu!

“Saya akan berbincang dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) saya untuk menganjurkan sesi pendengaran dalam masa terdekat agar Kerajaan Madani dapat memperjelas dan menghuraikan terma-terma ini,” jelasnya. 

Semalam dilaporkan, wakil AS berdalih konon-konon perjanjian yang dimeterai Anwar tersebut termasuk Artikel 5.1 konon-konon langsung tak menjejaskan kedaulatan Malasysia, apabila ramai pihak mempertikaikan sikap neutral negara selama ini. 

Aktivis politik, Anas Abd Jalil turut mengecam hasrat pentadbiran Anwar membangunkan sektor nadir bumi Malaysia dengan syarikat dari AS.

Beliau menganggap tindak tanduk pentadbiran Anwar memeterai perjanjian dengan AS itu secara tidak langsung akan membantu pensenjataan rejim Zionis-Israel dalam operasi menghapuskan rakyat Palestin di wilayah bergolak Gaza.

Di tengah-tengah pelbagai kontroversi menyelimuti Malaysia kebelakangan ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pernah menyifatkan Presiden AS, Donald Trump sebagai ‘sahabat hebat’.

Dan, Trump semasa tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Oktober 2025 lepas bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean antara lain mumuji Anwar sebagai ‘baik’.

Comments