PERJANJIAN perdagangan yang dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS) mungkin akan menjarakkan hubungan perdagangan Malaysia yang selama ini begitu baik dengan Republik Rakyat China.
Ini, berdasarkan Artikal 5.1 perjanjian yang dimeterai oleh pentadbiran Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim yang juga Menteri Kewangan Malaysia, antara lain dikatakan meletakkan tanah air ini tidak lagi sebagai sebuah negara berdaulat yang neutral.
Artikel 5.1 antara lain menyatakan jika AS mengenakan tarif, kuota, larangan ataupun ukuran perdagangan lain terhadap mana-mana negara bagi melindungi keselamatan ekonomi negara itu, maka Malaysia juga mesti mengambil tindakan yang serupa atau bersetuju dengan garis masa untuk berbuat demikian.
Artikel 5.1 perjanjian itu seakan dengan tujuan membendung hubungan diplomatik dan perdagangan Malaysia bersama-sama Republik Rakyat China, yang mana menurut Presiden AS Donald Trump memudaratkan negaranya.
Susulan pemeteraian perjanjian tersebut, dijangkakan, Putrajaya akan memperketat pengawasan le atas syarikat uang dimiliki atau dikawal oleh negara lain yang beroperasi di Malaysia; serra mengeksport barangan pada harga bawah pasaran AS, atau uang tindakannya merugikan eksport AS.
Perjanjian dengan Amarika Syarikat itu dibuat tanpa terlebih dahulu pun merujuk ke Parlimen untuk dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sungguhpun dianggap akan menjejaskan kedaulatan negara.
Bagaimanapun, Duta AS ke Malaysia, Edgard D Kagan menolak kebimbangan awam bahawa perjanjian yang baru ditandatangani oleh pentadbiran Anwar sempena kedatangan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di ibu negara menjejaskan kedaulatan Malaysia.
Dia dilaporkan berdalih Malaysia secara sukarela memeterai perjanjian yang konon-konon menjadikan hubungan dengan AS lebih erat.
“Kami tidak menyerah kedaulatan. Ini adalah pengiktirafan bahawa kita sedang memasuki fasa baru dalam hubungan,” dalihnya dipetik dari portal berita Free Malaysia Today.
Selain itu, dia turut berdalih konon-konon Malaysia membuat keputusan berdaulat untuk memeterai perjanjian itu dengan AS.
“Perjanjian itu melindungi kedaulatan Malaysia dengan menjelaskan bahawa Malaysia memilih hubungan yang lebih erat dengan AS,” dalih dia lagi mempertahan tindak-tanduk pentadbiran Anwar.
Dalam keghairahan pentadbiran Anwar yang dilihat meletakkan Malaysia seakan terlalu berpihak kepada AS ketika negara itu dilihat tidak neutral terhadap keganasan rejim Zionis-Israel ke atas wilayah bergolak Palestin, turut mendapat komentar yang kritikal daripada salah seorang pendiri serta penggerak Demi Malaysia.
Anas Abd. Jalil di dinding Facebook antara lain mencela tindak tanduk Anwar yang dilihat terlalu memuja Trump ketika AS dilihat memihak kepada aksi Zionis-Israel membantai rakyat Palestin di wilayah bergolak Gaza.
“ Tak sia-sia NED (CIA second front) support Anwar selama ini. Tak sia-sia Amerika Syarikat beri dana kepada Parti Keadilan Rakyat selama puluhan tahun. Sebagai seekor aset/baruah/anjing/alat/bangsat kepada kepentingan geopolitik dan geoekonomi Amerika Syarikat, wajidlah dia puji Trump,” kata jurucakap kumpulan pendesak berkenaan di media sosial peribadi semalam.

Comments
Post a Comment