![]() |
| ANWAR Ibrahim (kiri) dan Rafizi Ramli dalam sidang media bersama-sama sebelum ini. |
SECARA Sectoral Balances, sebenarnya jumlah perbelanjaan defisit Kerajaan Persekutuan bagi sektor awam adalah hampir menyamai jumlah simpanan duit bersih (net savings) bagi sektor swasta domestik serta menyumbang pada pertumbuhan ekonomi negara secara sihat.
Namum, bekas Menteri Ekonomi (Pakatan Harapan) semalam seolah-olah masih terperangkap dalam paradigma ekonomi konservatif lapuk apabila menyuarakan kebimbangan mengenai kegagalan Kerajaan Persekutuan mengecilkan jurang pendapatan tahun ini di sebalik mempunyai pendapatan tambahan RM14.5 bilion.
Semasa membahaskan Belanjawan 2026 Persekutuan semalam, Rafizi berilusi konon-konon kegagalan mengecilkan jurang pendapatan dan perbelanjaan tahunan kerajaan itu dijangka kian meningkat pada tahun-tahun akan datang.
“Jadi, sesiapa pun yang nak jadi Kerajaan dalam tempoh dua tahun daripada sekarang, maksudnya cabaran hasil kerajaan ini adalah perkara yang sebenar,” jelasnya di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2025.
Dalih Ahli Parlimen Pandan itu lagi, tahap hutang yang tinggi sebagai ancaman nombor satu kepada negara pada masa hadapan.
Dalihnya lagi, salah satu cara ini dimanifestasikan adalah melalui projek infrastruktur.
“Kita tahu bahawa syarikat-syarikat ini, agensi-agensi ini perlu mengambil hutang kemudian dijamin oleh Kerajaan kerana projek-projek infrastruktur atau projek yang mereka laksanakan itu tidak berupa mendapat pembiayaan pada nilai komersial projek. (Maka,) sebab itu Kerajaan kena jalin. Jadi, besar kemungkinan semua jaminan hutang itu satu hari nanti akan terus ditanggung oleh kerajaan, tak kisah kerajaan mana lah. Ini, termasuk lah contoh jaminan DanaInfra yang telah naik kepada RM85 bilion,” dalih mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi.
Rafizi memberi beberapa dalih itu semasa mengulas mengenai beberapa hutang lain yang dijana Kerajaan Persekutuan, termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mana melibatkan jaminan RM50 bilion; Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) berjumlah RM41 bilion; dan Prasarana Malaysia Berhad sebanyak RM42 bilion.
![]() |
| DI Hat Yai, Thailand baru-baru ini, Penulis turut mengambil bahagian dengan menyertai satu telesidang pasca perbentangan Belanjawan 2026 Pusat di sini. |
ULASAN
Sebenarnya peruntukan fiskal Kerajaan Persekutuan wujud berdasarkan program fiskal apa yang Kerajaan Persekutuan nak melaksanakan.
Semasa membentangkan Belanjawan 2026 Persekutuan, Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx), Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim yang juga Menteri Kewangan antara lain mengumumkan cadangan untuk menempatkan satu Ikhtiar Kiosk MADANI di Pulau Pinang bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan Kerajaan di luar waktu pejabat.
Dengan merujuk parkara 33 dan 34 belanjawan, saya membayangkan program fiskal itu seumpama menciplak polisi asal Pusat Transformasi Bandar (UTC) era pentadbiran Perdana Menteri Ke-6 Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, peruntukan RM76.6 juta yang disediakan oleh rejim hari ini boleh wujud berdasarkan program Ikhtiar Kiosk MADANI yang nak direalisasikan. Tidak lebih dari itu, sebenarnya.
Kalau semudah itu peruntukan fiskal boleh wujud bagi melaksanakan satu-satu program Kerajaan Persekutuan, mengapa perlu lagi Kerajaan Persekutuan mengutip cukai?
Dah Kerajaan Persekutuan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak tunggal yang mengeluarkan Ringgit serta memonopoli pengeluaran mata wang fiat itu, mesti lah rejim pemerintah perlu ada mekanisme untuk memaksa rakyat memegang duit Ringgit itu.
Cara paling mudah adalah dengan mengenakan cukai ke atas rakyat serta memaksa rakyat membayar cukai berkaitan dengan menggunakan Ringgit (to monetize money).
Tujuan utama lain Kerajaan Persekutuan mengenakan cukai adalah sebagai alat penyesuaian fiskal (fiscal adjustment).
Dalam konteks Malaysia, Kerajaan Persekutuan sebenarnya hampir tidak mempunyai kekangan - kecuali kekangan perundangan - untuk berbelanja defisit selagi mana dalam dedominasi Ringgit.
Dan, keadaan paling buruk di sebalik perbelanjaan defisit yang berganda mengikut keperluan sebenar rakyat dan alam semula jadi negara adalah inflasi sahaja.
Justeru, dalam keadaan jurang perbelanjaan Kerajaan Persekutuan kian melebar berbanding hasil pendapatan yang dijangka, sebenarnya tidak akan membawa Malaysia ke lembah bankrap sebagaimana disalihkan Rafizi dengan kebanyakan ahli politik Pakatan Harapan.
Oleh kerajaan perbelanjaan fiskal merupakan salah satu cara membawa masuk Ringgit dalam ekonomi domestik - vertical money, cara untuk menarik keluar mata wang berdaulat itu adalah dengan kenaan cukai ke atas rakyat.
Kenaan cukai ke atas sektor ekonomi yang spekulatif akan mengawal serta merosot inflasi secara umumnya.
Contoh, peningkatan harga makanan meningkat di bandar raya George Town disebabkan sewa lantai lot kemersial yang dinaikkan berlipat kali ganda. Lalu, Akta Kawalan Sewa yang dimansuhkan pada tahun 1997 mahu diperkenalkan semula.
Dengan pengenalan akta itu, Kerajaan boleh bukan sahaja boleh mengutip cukai ke atas empunya premis komersial yang mengenakan cukai terlalu tinggi, malah akan mendorong mereka menurunkan kadar sewa lantai sekali gus merosotkan inflasi.
Gambarannya di sini adalah cukai merupakan cara untuk mengawal inflasi. Maka sebab itu ia dianggap sebagai fiscal adjustment.
Selain fiscal adjustment, cukai juga memainkan peranan sebagai automatic stabilizer atau penstabil automatik, iaitu pada saat ekonomi berkembang pesat yang ditandai dengan peningkatan pendapatan sektor isi rumah rakyat, mereka secara automatik akan dikenakan cukai pada kadar yang lebih tinggi. Begitu juga lah ketika ekonomi mengumcup atau merosot, beban cukai yang terpaksa ditanggung mereka secara automatik akan berkurangan.
Pada tahun 2022 pernah diperkenalkan Prosperity Tax atau Cukai Makmur yang mana syarikat yang menjana pendapatan RM100 juta pertama dikenakan kadar cukai korporat biasa RM24%.
Polisi ini bukan sahaja mengurangkan kuasa ekonomi golongan maha kaya terhadap sektor-sektor ekonomi domestik, malah sekali gus melemahkan kuasa politik elitis berkenaan juga.
Dalam Belanjawan 2026 langsung tiada lagi cukai sebegini sungguhpun Anwar acap kali melaungkan iltizam politik seperti memindahkan lebihan kekayaan elitis demi keadilan sosial rakyat yang memerlukan.
Untung mana-mana kroni pemerintah mendapat projek Persekutuan selepas ini!
Masih menyentuh soal fiscal adjustment, kenaan cukai juga sebenarnya mencipta ruang fiskal atau fiscal space iaitu kenaan cukai bukan sahaja membolehkan lambakan Ringgit ditarik keluar dari terus berkitar dalam sektor ekonomi domestik, malah sekali gus mencipta ruang bagi Kerajaan untuk berbelanja tanpa menyebabkan inflasi.
Gambaran lebih mudah, mungkin ekonomi ini diumpamakan sebagai sebuah bekas yang mana perbelanjaan fiskal pemerintah akan ‘mengisi’ air atau duit dalam bekas itu. Sementara, cukai akan menyah keluar air atau duit supaya tidak melimpah (inflasi tak terkawal) sehingga pemerintah dapat terus ‘mengisi’ air atau Ringgit mengikut keperluan bekas tersebut.
MENGAPA HUTANG SEBENAR (ABSELUTE DEBT) KERAJAAN PERSEKUTUAN KIAN MENINGKAT?
Mungkin kita boleh memulakan dengan diri saya sendiri atau syarikat swasta saya memang mahu menjana lebih banyak keuntungan, begitulah sektor swasta mahu menyimpan mata wang berdaulat iaitu Ringgit.
Jadi, perbelanjaan defisit Kerajaan Persekutuan bukan sahaja meningkatkan hutang sebenarnya, malah akan meningkatkan simpanan bersih (net saving) bagi sektor swasta.
Rujuk Perkara 209 Belanjawan 2026 Persekutuan antara lain menyentuh mengenai projek transit aliran ringan (LRT) Laluan Mutiara. Walaupun tidak disebut dalam belanjawan itu, sebelum ini dilaporkan, sejumlah RM10 bilion peruntukan Persekutuan disediakan sebagai modal pemula projek infrastruktur tersebut.
Arahan Pembayaran : Perbendaharan (Kerajaan Persekutuan) tidak menggunakan wang dari akaun hasil cukai. Sebaliknya BNM sebagai bank pusat diarahkan untuk membuat pembayaran kepada MRT Corp selaku pemaju projek dan pemilik aset rel awam moden itu kelak.
Kredit Bank Akaun Komersial : Bank Pusat akan mengkreditkan akaun bank komersial milik kontraktor (contohnya Maybank) sebanyak RM10 bilion. Lalu, kontraktor mempunyai RM10 bilion lebih dalam akaunnya di Maybank. Wang baharu telah dicipta (loan create credit).
Kredit Akaun Rizab : Pada masa yang sama, untuk memastikan lejar perakaunan seimbang (antara debit dan kredit), BNM akan mengkreidtkan akaun rizab milik Maybank yang disimpan di bank pusat itu sebanyak RM10 bilion juga.
Hasilnya:
• Sektor swasta (iaitu kontraktor MRT Corp.) kini mempunyai deposit bernilai RM10 bilion.
• Sistem perbankan komersial (Maybank) kini mempunyai rizab tambahan sebanyak RM10 bilion di bank pusat.
Jadi, kedudukan rizab bank pusat telah berkembang sebanyak RM10 bilion kerana Kerajaan Persekutuan berbelanja fiskal untuk projek LRT Laluan Mutiara itu.
Apa akan berlaku selepas itu?
Seperti Maybank, mana-mana bank komersial yang mempunyai lebihan rizab yang sangat banyak akan mengakibatkan kadar faedah yang lebih rendah.
Demi memastikan kadar faedah dalam institusi kewangan negara tidak jatuh terus ke pantai sifar, Kerajaan Persekutuan melalui Perbendaharaan (atau Bank Pusat sendiri) akan menerbitkan serta menjual surat jaminan kerajaan (bon) kepada bank-bank komersial tersebut.
Bank Negara memang ada mandat untuk melaksanakan interest rate targetting policy sedemian dari semasa ke semasa.
Kalau tidak di Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR), bank-bank komersial yang mempunyai lebihan rizab akan membeli bon kerajaan kerana ia menawarkan pulangan faedah yang lebih tinggi dan selamat serta dijamin. Sebab itu, bon kerajaan dianggap zero risk bond.
Proses ini hanya melibatkan penukaran rizab (baca: M0 atau High Powered Money) kepada bon (aset simpanan).
Ia, bukan lagi untuk ‘membiayai’ perbelanjaan yang awal tadi - kerana perbelanjaan RM10 bilion bagi projek LRT Laluan Mutiara itu telah berlaku serta membawa pada wang baharu telah dicipta.
Gambarannya di sini, Kerajaan Persekutuan sebenarnya tidak perlu pun membayar balik hutang sebenar (abselute debt) selagi dalam dedominasi Ringgit.
Kerajaan hanya membayar faedah atas hutang yang dijana sahaja pada setiap kali bon kerajaan mencapai tempoh matang.
Kalau Kerajaan Persekutuan dipaksa menerbitkan bon baharu untuk membayar balik bon lama yang telah mencapai tempoh mata, ia adalah kerja yang sia-sia.
Kebiasaannya debt roleover dilakukan iaitu hutang lama yang telah selesai, lalu ditangguh pembayaran balik dengan jumlah lama hutang baharu melalui penerbitan bon baharu kerajaan.
Maka, sebab itu lah, saban tahun kita dapat lihat hutang sebenar kerajaan termasuk liabiliti contingency senantiasa meningkat serta seiringi dengan saiz ekonomi negara yang kian berkembang.
Laporan rasmi BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nominal Tahunan bagi tahun 2024 dianggarkan sekitar RM1.9 trilion, maka, itu lah saiz sebenar ekonomi negara.
Sehingga akhir bulan Jun 2025, Kementerian Kewangan (MoF) dan BNM melaporkan hutang langsung kerajaan (abselute debt) berjumlah RM1.304 trilion dengan kira-kira 64.7% jika dinisbahkan pada KDNK. 98.3% hutang langsung kerajaan ini adalah dalam dedominasi Ringgit.
Manakala Liabiliti Luar Jangka (contingency liability) dengan jaminan Kerajaan Persekutuan pula berjumlah RM424.7 bilion dengan 21.1% jika dinisbah pada KDNK semasa.
Kalau dihitung abselute debt dan contingency liability ini adalah hampir menyamai saiz jumlah duit Ringgit yang berkitar dalam ekonomi domestik iaitu sebanyak kira-kira RM1.9 trilion.
Awal-awal lagi telah dimaklumkan bahawa secara Sectoral Balances, sebenarnya jumlah perbelanjaan defisit Kerajaan Persekutuan bagi sektor awam adalah hampir menyamai jumlah simpanan duit bersih (net savings) bagi sektor swasta domestik serta menyumbang pada pertumbuhan ekonomi negara secara sihat.
Nak ukur sama ada ekonomi negara bagus atau tidak, sepatutnya dilihat peningkatan angka peratusan hutang sebenar kerajaan berbanding peningkatan angka peratusan KDNK.
Kalau hutang sebenar kerajaan menngkat 2%, manakala KDNK meningkat 4%, ia gambaran pertumbuhan ekonomi negara yang bagus. Begitulah, sebaliknya.
Jadi, kenapa menjana ketakutan tanpa asas (phobia) mengenai jumlah hutang sebenar kerajaan yang kian meningkat saban tahun, sebagaimana ditonjolkan oleh Rafizi?
Seperti saya sendiri, pendapatan bersih tahunan untuk kerja hakiki saya sahaha baru mencecah RM50,000 sedangkan liabiliti saya adalah RM270,000.
Hutang saya adalah 540% berbanding pendapatan tetap saya, adalah saya perlu risau seperti Rafizi? Sudah tentu tidak.
Saya ada aset sebenar iaitu kenderaan dan beberapa buah rumah sewa. Mengapa saya perlu risau dengan nisbah hutang asal berbanding pendapatan hakiki setinggi 540% itu, selagi saya mampu membayar komitmen bulanan tanpa ada masalah pun dengan pihak bank?
Begitu juga Kerajaan Persekutuan yang mana sebenarnya mempunyai kuasa dalam membuat perundangan di Parlimen, ada macam-macam aset sebenar (tanah, bangunan dll) yang mana semua itu tidak pernah dinilaikan pun mengikut pasaran semasa, mengapa perlu ada debt phobia syndrome semacam Rafizi?
Apabila saya melontarkan pertanyaan sebegini, bukan bermakna saya hanya mahu mempertikaikan naratif aneh Rafizi semasa membahaskan Belanjawan 2026 Persekutuan.
Saya nak sebut bahawa Belanjawan 2026 Pusat yang dibentangkan oleh Anwar sendiri mencerminkan bahawa Menteri Ekonomi itu juga sama aneh seperti Rafizi, jika dilihat pada pelaksanaan dasar defisit fiskal secara berperingkat mengikut kalender belanjawan semasa.
Rujuk Perkara 19, Belanjawan 2026 Pusat antara lain menyebut:
“Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada RM100 bilion Ringgit (RM2022), RM92 bilion (2023), RM77 bilion (2024), RM77 bilion (2025), dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini. Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal 3% mampu dicapai dalam jangka masa sederhana.”
Naratif ekonomi yang diucapkan Anwar melambangkan dia sama seperti Rafizi, menganut dasar ekonomi neoliberal mengikut acuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semata-mata.
Setakat ini dulu. Sebarkan, jika bermanfaat.



Comments
Post a Comment