Kota Madani di Putrajaya, siapa paling untung?

PMx (depan, kanan sekali) dengan diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (depan, dua dari kanan) meninjau model projek perumahan baharu bernilai kira-kira RM4 bilion di Precint 19, Putrajaya pada 26 Jun 2025 lepas. | Foto : FB Anwar Ibrahim 


BARANG kali Marxisme sahaja yang membezakan antara nilai guna (use value) dan nilai tukar (exchange value) bagi memahami komuniti dalam sistem kapitalisme. 


USE VALUE 

Nilai guna merujuk pada kegunaan praktikal bagi sesuatu benda.

Nilai guna adalah nilai yang wujud secara instrinsik (yang datang dari dalam, semula jadi dan hakiki) kerana kemampuannya untuk memuaskan kemampuan atau kehendak (sama ada secara fizikal seperti makanan untuk hidup ataupun rohani seperti buku untuk ilmu).

Seperti disebut sebelum ini, nilai guna bagi sebatang pen ialah keupayaannya untuk menulis. Nilai guna sebatang kasut adalah kemampuan untuk melindungi tapak kaki serta membolehkan manusia berjalan secara lebih selesa. 

Jadi, nilai guna berkaitan sifat fizikal komoditi dan bagaimana ia digunakan.


EXCHANGE VALUE 

Nilai tukar merujuk pada kuantiti suatu komoditi yang boleh ditukarkan dengan kuantiti komuniti lain.

Dalam masyarakat kapitalis, ia biasanya lebih mudah difahami apabila diterjemah dalam wang (iaitu, harga bagi satu-satu komoditi).

Contoh, satu unit buku boleh ditukar dengan lima batang pen. Maka, nilai tukar bagi lima batang pen adalah bagi seunit buku itu. Jika harganya RM10, maka RM10 itu adalah nilai gunanya. 

Karl Marx berhujah satu-satu perkara yang menjadikan komoditi yang berbeza - seperti buku dan pen - boleh ditukar ganti kedua-dua dihasilkan dari tenaga buruh yang abstrak. 

Lalu, nilai tukar satu-satu komoditi ditentukan secara sosial oleh masa buruh (time labour) bagi menghasilkannya.

Masa buruh bermaksud purata masa yang diperlukan di bawah pengeluaran normal.


RINGKASAN

  • Karl Marx menegaskan bahawa dalam sistem kapitalisme menyaksikan nilai tukar mendominasi nilai guna yang mana komoditi tidak dihasilkan untuk memenuhi keperluan nilai guna semata-mata, sebaliknya dihasilkan untuk memenuhi kehendak pasaran semata-mata bagi menjana keuntungan berganda (berdasarkan nilai tukar).
  • Pengeluar menghasilkan sesuatu bukan kerana mereka memerlukan, sebaliknya kerana mereka boleh menukar komoditi yang dihasilkan dalam bentuk keuntungan duit Ringgit semata-mata; yang kemudiannya boleh ditukarkan dengan hampir segala-galanya. 
  • Contohnya, syarikat pemaju rentier capitalist swasta memacu laju projek pembinaan rumah swasta di Pulau Pinang kerana lambat laun ia bukan sahaja boleh menjana keuntungan berganda, malah (menerusi sumbangan duit Ringgit kepada ahli politik pemerintah) hampir boleh membeli segala kehendak yang lain (termasuk menukar guna kawasan perairan laut menjadi kawasan tambakan baharu untuk menjana keuntungan berganda juga). 
  • Nilai guna adalah apa yang dilakukan untuk benda itu sendiri, sementara nilai tukar adalah apa yang benda itu boleh tukar dengan benda lain (melalui harga atau nilai pasaran).


APA AKAN TERJADI APABILA KERAJAAN BINA RUMAH TANPA BERGANTUNG PADA SISTEM PASARAN?

Era pemerintahan Umno BN sebelum PRU14 (2018) dahulu, menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) antara lain pernah melaksanakan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan tujuan khusus iaitu membina unit kediaman baharu untuk rakyat yang layak atau tiada tempat berlindung. Walaupun permintaan PPRT bagitu tinggi, koridor harga seunit adalah RM35,000 hingga RM45,000 sahaja sebab langsung tak bergantung pada sistem pasaran. 


KEPINCANGAN DASAR PERUMAHAN ERA MADANI

Pada 26 Jun 2025, pemerintahan Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx), Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim melancarkan projek pembangunan perumahan bandar yang dikenali sebagai Kota Madani.

Putrajaya Holdings Berhad (PjH) telah diberi mandat sebagai pemaju utama projek persekutuan tersebut konon-konon akan membina sejumlah 10,000 unit kediaman di atas tanah berkeluasan kira-kira 102 ekar dekat Presint 19, Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Projek dianggarkan bernilai RM4 bilion, dengan koridor harga tiap-tiap unit kediaman adalah RM200,000 hingga RM300,000 konon-kononnya. 

Projek Persekutuan ini akan dibina mengikut model kerjasama awam swasta (PPP) dan Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT). 

Apabila projek persekutuan itu dibina melalui model PPP, kita boleh membayangkan Kerajaan sendiri akan menyediakan bank tanah, sementara syarikat pemaju rentier kapitalis swasta akan menyediakan modal serta menjadi kontraktor pembina dan pemaju projek itu. 

Apabila projek persekutuan itu dibina melalui model Bina-Selenggara-Sewa-Pindah (BLMT), kita boleh membayangkan PjH selaku pemilik projek akan membina (build); lalu dipajak sewa kepada sebuah syarikat spekulatif swasta bagi tempoh 20 hingga 30 tahun (lease) konon-konon bayaran sewa yang dikutip bagi mendapatkan balik pulangan modal projek. Sepanjang tempoh pajakan sewa itu, PjH akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan (maintain) dan pengurusan hartanah (seperti lif, longkang dll). Dan akhirnya, selepas tamat tempoh pajakan sewa sebagaimana dipersetujui antara PjH dan syarikat swasta berkenaan, hak milik projek perumahan tersebut akan dipindahkan (transfer) secara percuma kepada Kerajaan Persekutuan. 

Apabila projek persekutuan ini terlalu bergantung pada pasaran yang melibatkan campur tangan syarikat spekulatif swasta susulan rejim pemerintah Anwar sendiri memang nak acuan ekonomi neoliberal sebegitu, adakah ia membawa maksud ‘nilai tukar mendominasi nilai guna’? 

Sila tinggalkan komen kalian.

Setakat ini dahulu. 



Comments