BUAT kali pertama saya menikmati Budi MADANI RON95 (BUDI95) kelmarin di Stesen Minyak Petronas Taman Desa Damai dekat Bukit Mertajam.
Di atas adalah resit apabila transaksi dibuat di terminal pembayaran automatik, dengan menggunakan aplikasi pintar Setel.
Saya bayar RM50. Harga runcit diandaikan RM65.33 dengan menikmati pemberian subsidi daripada kerajaan kira-kira RM15.33.
Kerajaan Persekutuan mengandaikan saya membeli RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 per liter, walhal harga sebenarnya adalah RM2.60 per liter.
Selepas ini, kalau Kerajaan Pusat nak menunjukkan lebih besar lagi angka subsidi yang dinikmati oleh rakyat, cara paling mudah adalah dengan meningkatkan lagi harga runcit RON95.
Kalau sekarang harga runcit RM2.60 per liter RON95, selepas ini kalau dinaikkan sampai RM3 per liter pun (walaupun harga minyak dunia tengah turun), Kerajaan Pusat boleh terus mengelirukan rakyat konon-konon disalurkan lebih banyak subsidi kepada rakyat teramai.
Lebih kurang begitu lah firasat saya.
Apa pe dapat kalian?

Comments
Post a Comment