Contoh tak realistik dalam Bajet 2026 Pusat….

PENULIS merakamkan gambar kenangan semasa melancong ke Terengganu baru-baru ini.

MUSIM Influenza ini, tidak dapat tidak mendedahkan kita pada penyakit berjangkit itu. 
Baru-baru ini, saya membawa anak ke Klinik Kesihatan (KK) kerana terdapat beberapa tanda penyakit berjangkit itu pada anak saya. 

Seperti biasa, doktor akan membuat pemeriksaan rutin, lalu memberikan ubat berwajib jika positif Influenza. 

Baik di klinik ataupun hospital kerajaan, pegawai perubatan, doktor atau pakar akan memberikan ubat berdasarkan penyakit selepas proses dianogsis.

Kalau doktor boleh dianogsis penyakit rakyat sebelum memberikan ubat yang betul, takkan lah ekonomis dan ahli politik pemerintah bertaraf Menteri tidak perlu mengenal pasti keperluan sebenar ekonomi rakyat terlebih dahulu sebelum mengemukakan cadangan penambahbaikan polisi sedia ada atau program baharu? 

Perkara ini, sengaja saya lontarkan kepada seorang rakan pemberita, sesuai Majlis Perasmian Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Pulau Pinang di Tingkat 7, Komtar pada tengah hari tadi (14 Oktober 2025).

Saya berkata demikian susulan membaca Belanjawan 2026 Persekutuan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx) merangkap Menteri Kewangan, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim di Dewan Rakyat pasa 10 Oktober 2025 lepas.

Rujuk Perkara 154, Belanjawan 2026 Persekutuan antara lain menyebut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan bagi tahun 2022 adalah RM1,198 (sebulan) dinaikkan kepada RM1,236 (PGK Makanan 2024).

Rujuk Perkara 202, Belanjawan 2026 Persekutuan pula antara lain menyebut Kerajaan memberi Pendidikan Percuma PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA (institusi pengajian tinggi awam), dengan peruntukan RM120 juta setahun. 

Merujuk pada Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Ekonomi, (Perbelanjaan) Garis Kehidupan Wajar atau PGKW adalah satu penanda aras yang digunakan untuk menggambarkan tahap pendapatan minimum yang dianggap mencukupi bagi memenuhi keperluan hidup seseorang. (Sumber: DOSM, hal. 17]


Manakala, nilai PAKW isi rumah per kapita di Pulau Pinang umpamanya setinggi RM1,471 sebulan [sumber: DOSM, hal. 28].


Dalam konteks negeri Pulau Pinang, untuk melayakkan diri mendapat Pendidikan Percuma PTPTN (sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2026 Pusat), bagi saya hampir susah untuk dinikmati jika RM1,236 PGK Makanan 2024 dijadikan lantai kelayakan. 

Itu, belum kira PAKW bulanan isi rumah per kapita Malaysia untuk makanan yang secara purata RM455 [rujuk: DOSM, hal.29]; dan PAKW Bulanan Isi Rumah Per Kapita di Pulau Pinang untuk bukan makanan setinggi RM1,013 [rujuk: DOSM, hal. 30].



Dari sudut lain, kalau ayah kerja sebagai Pak Guard pun, setiap bulan akan mendapat gaji sekurang-kurangnya RM1,700; begitu ibu mendapat gaji bulanan RM1,700 jika menjadi Makcik Cleaner. Ini menjadikan pendapatan isi rumah mereka sekurang-kurangnya RM3,400 susulan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024.

RM3,400 sebulan untuk isi rumah rakyat semasa lima orang, sebenarnya agak mencabar di Pulau Pinang, yang mana DOSM sendiri mendedahkan nilai PAKW isi rumah per kapita di negeri ini setinggi RM1,471 sebulan.



Sehubungan itu, sebagai mengambil bahagian membahaskan Belanjawan 2026 Pusat ini, saya ingin melontarkan beberapa persoalan;-

  • RM1,236 PGK Makanan 2024 realistik? 
  • Adakah tawaran Pendidikan Percuma PTPTN yang ditawarkan ini tidak mengambil kira data-data (statistik) PAKW yang didedahkan oleh DOSM sendiri? 
  • Atau sebenarnya rejim pemerintah sengaja memberikan ‘cokelat angin’ jenama Pendidikan Percuma PTPTN semata-mata untuk menghiburkan rakyat terutama B40 (golongan berpendapatan isi rumah 40 peratus paling rendah)? 


Kata seorang kawan lama menerusi telefon pada petang ini; 


“Jadi penunggang Grab dan kerja 25 hari dalam sebulan pun, saya boleh dapat (pendapatan kasar) RM120 sehari atau RM3,000 sebulan; namun hidup lima beranak di George Town ‘sesak juga’ hujung bulan. Bagi saya, Pendidikan Percuma PTPTN itu hanya ‘cokelat angin’ untuk menghiburkan B40


“Anwar dan pengikutnya cuba memainkan naratif konon-konon Kerajaan Persekutuan hari ini mula merealisasikan Pendidikan Percuma, sembang seolah-olah banyak sangat bantuan pendidikan akan diberi kepada rakyat yang layak.”


Agak-agak relevan tak kalau seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat bangkit untuk menjelaskan perkara ini, lalu ulang laung, “Bajet 2026 tempang, tak realistik!”


Setakat ini dulu. Kongsi, jika bermanfaat. 

Comments