![]() |
| PENULIS merakamkan gambar kenangan semasa melancong ke Terengganu baru-baru ini. |
Baru-baru ini, saya membawa anak ke Klinik Kesihatan (KK) kerana terdapat beberapa tanda penyakit berjangkit itu pada anak saya.
Manakala, nilai PAKW isi rumah per kapita di Pulau Pinang umpamanya setinggi RM1,471 sebulan [sumber: DOSM, hal. 28].
Dalam konteks negeri Pulau Pinang, untuk melayakkan diri mendapat Pendidikan Percuma PTPTN (sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2026 Pusat), bagi saya hampir susah untuk dinikmati jika RM1,236 PGK Makanan 2024 dijadikan lantai kelayakan.
Itu, belum kira PAKW bulanan isi rumah per kapita Malaysia untuk makanan yang secara purata RM455 [rujuk: DOSM, hal.29]; dan PAKW Bulanan Isi Rumah Per Kapita di Pulau Pinang untuk bukan makanan setinggi RM1,013 [rujuk: DOSM, hal. 30].
Dari sudut lain, kalau ayah kerja sebagai Pak Guard pun, setiap bulan akan mendapat gaji sekurang-kurangnya RM1,700; begitu ibu mendapat gaji bulanan RM1,700 jika menjadi Makcik Cleaner. Ini menjadikan pendapatan isi rumah mereka sekurang-kurangnya RM3,400 susulan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024.
RM3,400 sebulan untuk isi rumah rakyat semasa lima orang, sebenarnya agak mencabar di Pulau Pinang, yang mana DOSM sendiri mendedahkan nilai PAKW isi rumah per kapita di negeri ini setinggi RM1,471 sebulan.
Sehubungan itu, sebagai mengambil bahagian membahaskan Belanjawan 2026 Pusat ini, saya ingin melontarkan beberapa persoalan;-
- RM1,236 PGK Makanan 2024 realistik?
- Adakah tawaran Pendidikan Percuma PTPTN yang ditawarkan ini tidak mengambil kira data-data (statistik) PAKW yang didedahkan oleh DOSM sendiri?
- Atau sebenarnya rejim pemerintah sengaja memberikan ‘cokelat angin’ jenama Pendidikan Percuma PTPTN semata-mata untuk menghiburkan rakyat terutama B40 (golongan berpendapatan isi rumah 40 peratus paling rendah)?
Kata seorang kawan lama menerusi telefon pada petang ini;
“Jadi penunggang Grab dan kerja 25 hari dalam sebulan pun, saya boleh dapat (pendapatan kasar) RM120 sehari atau RM3,000 sebulan; namun hidup lima beranak di George Town ‘sesak juga’ hujung bulan. Bagi saya, Pendidikan Percuma PTPTN itu hanya ‘cokelat angin’ untuk menghiburkan B40
“Anwar dan pengikutnya cuba memainkan naratif konon-konon Kerajaan Persekutuan hari ini mula merealisasikan Pendidikan Percuma, sembang seolah-olah banyak sangat bantuan pendidikan akan diberi kepada rakyat yang layak.”
Agak-agak relevan tak kalau seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat bangkit untuk menjelaskan perkara ini, lalu ulang laung, “Bajet 2026 tempang, tak realistik!”
Setakat ini dulu. Kongsi, jika bermanfaat.






Comments
Post a Comment