Blackrock GIP ada pun, sistem aerotrain KLIA terganggu berulang kali…

PERDANA Menteri sebelum ini turut dilaporkan berdalih bahawa apabila pertimbangan pengurusan dibuka, kira-kira 145 syarikat berminat tetapi hanya lima yang layak; semasa diasak dalam persidangan Dewan Rakyat.

DI Dewan Rakyat pada 25 Jun 2024, Perdana Menteri Y.A.BZ Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim antara lain dilaporkan berdalih penjualan pegangan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) konon-konon demi memperkukuh penguasaan tempatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut. 

Menteri Kewangan berkenaan turut berdalih bahawa perjanjian dengan GIP bertujuan memperkukuh pegangan Khazamah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana pegangan kedua-dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tersebut meningkat dari 41% kepada 70% melalui transaksi berwajib. 

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memberi dalih itu susulan pendedahan dalam talian bahawa BlackRock - firma pelaburan dalam GIP serta dikaitkan dengan Zionis-Israel - mempunyai kepentingan dalam Pasaran Bursa berjumlah RM20.5 bilion; dengan sekitar RM7 bilion dalam bon kerajaan dan syarikat korporat Malaysia.

Pada hari ini (16 Oktober 2025) pula, dilaporkan, MAHB akan dikenakan tindakan sekiranya gagal memastikan penyediaan perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi pada tahap ketersediaan yang telah ditetapkan.

Menteri Pengakutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berdalih Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap MAHB walaupun syarikat itu berstatus GLC.

Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban merangkap Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) berdalih sedemikian susulan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir mengasak penjelasan mengenai langkah-langkah akauntabiliti yang dikenakan terhadap kontraktor dan pengurusan lapangan terbang negara. 

Ini susulan gangguan berulang sistem aerotrain KLIA terjadi sampai menjejaskan kepercayaan penumpang serta semua pemegang taruh berkaitan.

Sebenarnya nak mengukuhkan pelaburan negara dalam projek infrastruktur berkaitan memadai GLIC dan GLC melaksanakan perbelanjaan modal mengikut keperluan sebenar bagi projek penyelenggaraan berwajib, sebab dalam Ringgit sahaja.

Tetapi, tidak pasti pentadbiran Anwar boleh berilusi sebaliknya apabila keberadaan BlackRock dalam pasasan pelaburan negara dipertikaikan pelbagai pihak. 

Dah Blackrock dan GIP ada dalam pasaran saham domestik, mutu perkhidmatan aerotrain KLIA masih tak ok, apa lagi nak didalih Anwar? 

Comments