Bangunkan nadir bumi Malaysia dengan syarikat AS akan bantu persenjataan Zionis Israel, aktivis kecam Anwar
PERDANA Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim menerima kecaman yang hebat susulan Malaysia menyatakan persetujuan serta komitmen untuk membangunkan sektor mineral penting, termasuk nadir bumi dengan kerjasama syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat (AS).
Tindak tanduk pentadbiran Anwar itu digambarkan bukan sahaja melorongkan AS untuk menjarah hasil bumi Malaysia, malah secara tidak langsung menyumbang pada kepentingan Amerika serta sekutunya iaitu Zionis Israel dalam projek penghapusan etnik Palestin di wilayah bergolak Gaza.
![]() |
| ANAS Abd. Jalil |
Di Facebook peribadi, Anas Abd. Jalil menulis bahawa Anwar bertindak menjual nadir bumi dari Malaysia kepada AS setelah Republik Rakyat China mengenakan larangan eksport bahan mineral penting tersebut ke nagara sekutu Zionis Israel.
“Nadir bumi sangat diperlukan industri senjata untuk membina pesawat tempur dan missile bagi dibekalkan kepada Israel.
“Dengan komitmen untuk membangunkan nadir bumi Malaysia dengan syarikat Amerika, maka Anwar membuka ruang seluas-luasnya untuk sumber mineral negara dijarah oleh Kapitalis dari Amerika Syarikat secara berat sebelah.
“(Selain itu,) Anwar Ibrahim secara lansung membantu mempersenjatai Zionis Israel bagi membantai penduduk Palestin dan mensabotaj perjuangan pembebasan Palestin,” jelas aktivis politik yang juga salah seorang jurucakap kumpulan pendesak Demi Negara baru-baru ini.
Tambah Anas, melihat tindak tanduk Anwar itu menyerlahkan lagi beliau sebagai pemimpin proksi kepada AS semata-mata.
“Tidak sia-sia National Endowment for Democracy selaku second front kepada CIA mendokong dan mengangkat politik Anwar Ibrahim selama ini.
“Kini aset/baruah ini membantu Amerika Syarikat menjayakan rancangan geopolitik dan geoekonomi mereka, antaranya mempersenjatakan Zionist Israel,” jelasnya di media sosial peribadi.
Anas membuat kesimpulan sedemikian ketika mengulas pautan berita Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited pembangunan mineral penting, unsur nadir bumi bersama syarikat AS.


Comments
Post a Comment