Umno mesti turun ke sekolah, beri harapan kepada lepasan SPM ikut program ‘belajar sambil bekerja’ RM1,700 sebulan
![]() |
| SUASANA Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Tambun, Perak yang berlangsung di semalam antara lain membincangkan peri penting pemimpin parti kembali ke sekolah dan mengajak lepasan SPM untuk menyertai program 'belajar sambil bekerja' jika tidak ditawarkan masuk ke mana-mana Universiti Awam negara. |
UMNO mesti terus mempererat hubungan serta memberi semangat kepada lepasan sekolah menengah untuk merebut peluang dalam program ‘belajar sambil bekerja’ yang dianjur oleh Kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) persekutuan hari ini.
Ketua UMNO bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata salah satu program ‘belajar sambil bekerja’ yang boleh direbut oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dengan menyertai K-Youth Development Programme 2025 iaitu projek perintis dibiayai Khazanah Nasional Berhad di ViTrox Academy dekat Persiaran Cassia Selatan 3, Taman Perindustrian Batu Kawan.
“Musuh memang berhajat untuk menghilangkan UMNO dari arus politik tanah air. Tetapi kita bangkit semula kerana pendokong kita tetap setia dan menjalankan amanah sebaiknya.
“Ada orang tanya apa kita dapat dalam kerajaan… kita tanya balik apa pula kita dapat jika bersama pembangkang?
“Bukankah dengan berada dalam kerajaan, UMNO Tambun masih mampu memberikan khidmat kepada rakyat. Itulah matlamat sebenar,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Tambun yang dirasmikan Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Tambun pada 20 Julai 2025.
Masih berstatus projek perintis, difahamkan, K-Youth Development Programme 2025 di ViTrox Academy direka anjur bagi melengkapkan belia dengan kemahiran yang releven serta meningkatkan kebolehpasaran mereka bagi memenuhi permintaan tenaga buruh mahir dalam industti semikonduktor negara dan negeri.
![]() |
| DR. Bugs Tan Yeow Kiang |
Mengulas lanjut, Pengarah Pembangunan Kemahiran ViTrox Academy, DR. BUGS TAN YEOW KIANG dlaporkan mencadangkan supaya Khazanah Nasional Berhad membiayai kos penganjuran projek perintis K-Youth Development Programme 2025 bukan hanya untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dalam kalangan belia.
“Kalau boleh, saya memang ingin mencari belia dari kawasan luar bandar untuk menyertai program jaminan kerja ini kerana ViTrox Academy bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar dan tempat tinggal kepada para peserta K-Youth Development Programme 2025.
“Saya harap mereka yang tidak cemerlang akademik (dalam SPM) masih ada opsyen sambung belajar dalam bidang kemahiran (yang mana) keutamaan akan diberikan kepada B40 (isi rumah berpendapatan 40 peratus paling rendah) termasuk juga kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
“Bagi saya, K-Youth Development Programme 2025 adalah salah satu sistem sokongan untuk belia terpilih meningkatkan kemahiran mereka, dan dijamin kerjaya selepas mengikuti program TVET kita,” jelasnya lanjut.
![]() |
| SUASANA salah sebuah bengkel di ViTrox Academy yang terhad 25 pelatih sahaja demi menjaga mutu pelaksanaan program TVET di bawah K-Youth Development Programme 2025. |
Selain melaksanakan program TVET, Yeow Kiang memberitahu bahawa ViTrox secara agresif dan tertutup turut menganjurkan siri karnival kerjaya untuk membantu mereka yang menyertai K-Youth Development Programme 2025 mendapat pekerjaan idaman.
Tambah beliau, ViTrox menganjurkan karnival kerjaya TVET pada Jumaat, 6 Jun 2025, mulai 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Auditorium, ViTrox Academy.
Pada siri penganjuran karnival kerjaya itu, menurut Yeow Kiang bahawa beberapa industri utama negeri lain seperti Amphenol, PAC, Hotayi, Linktel Technologies, ITW, Qdos, Golden Etna, EngTek dan AI Pixel turut terlibat serta akan mengadakan sesi temu duga berkaitan.
Tambah beliau, seramai 350 belia telah menyertai K-Youth Development Programme 2025, sungguhpun sejumlah 500 tempat duduk keseluruhan untuk program TVET di ViTrox Academy pada sesi tahun ini.
“K-Youth Development Programme 2025 adalah program ‘bekerja sambil belajar’ selama enam bulan, ada pilihan untuk sambung Akademi Dalam Industri (ADI) TVET ViTrox selama 12 bulan dan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Tahap 2 dan Tahap 3.
“Selain program pendidikan percuma, manfaat lain yang akan dinikmati oleh peserta K-Youth Development Programme 2025 antaranya elaun bulanan RM1,700, berpeluang mengikuti sesi latihan di tempat kerja (on-job-training) selama empat bulan dengan syarikat industri terpilih, dan paling penting ada penguasaan kemahiran teknikal serta insaniah untuk kebolehpasaran (kerjaya).
“Setakat ini, masih ada 150 tempat kekosongan untuk mereka yang berminat menyertai program ini, (yang mana) pendaftaran untuk menyertai sesi temu duga hanya dengan cara imbas kod QR yang disediakan.
“Bagi kemasukan pelajar bulan Julai dan Ogos 2025, mereka yang berminat boleh memilih mana-mana hari sesi temu duga... dengan menghadirkan diri di ViTrox Academy,” ujarnya sambil berharap projek perintis K-Youth Development Programme 2025 yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional serta dilaksanakan oleh ViTrox Academy berjaya kelak.
Tinjauan lapangan yang dibuat selepas itu menyaksikan ramai lepasan SPM berharap projek ‘belajar sambil bekerja’ dapat diperluas, jika mahu parti keramat itu disokong kembali oleh pengundi baharu berusia 17 tahun, pengundi kali pertama dan pengundi muda pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.
Tamat sahaja sesi persekolahan tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara, DAYANA ALIA NOOR AZLEY, 18, tanpa berfikir panjang terus memohon untuk menyertai K-Youth Development Programme 2025 di ViTrox Academy dekat Persiaran Cassia Selatan 3, Taman Perindustrian Batu Kawan.
![]() |
| DAYANA Alia Noor Azley |
“Kaunselor sekolah yang mencadangkan saya menyertai K-Youth Development Programme 2025 ini sebab program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) ini tidak lama, selama enam bulan sahaja.
“Bagi saya, program ‘kerja sambil belajar’ di ViTrox Academy ini adalah suatu peluang untuk sambung ke program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2 dan Tahap 3), selepas tamat pengajian TVET (menerusi K-Youth Development Programme 2025).
“(K-Youth Development Programme 2025) ini adalah percuma, keputusan SPM bukan syarat kelayakan untuk sertai sesi temu duga di ViTrox Academy, sebaliknya memadai ada minat dengan mod ‘kerja sambil belajar’ dalam industri semikonduktor,” jelasnya semasa ditemu ramah di ViTrox Academy di sini baru-baru ini.
![]() |
| MUHAMAD IZHAM Ramadan Ilzan |
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar, MUHAMMAR IZHAM RAMADAN ILZAN, 17, pula berkata bahawa insentif penyertaan K-Youth Development Programme 2025 di ViTrox Academy sangat menarik dan tidak membebankan keluarganya.
“Tiap-tiap bulan ditawarkan insentif (elaun) setinggi RM1,700 kerana menyertai program ‘kerja sambil belajar’ di sini dan paling penting tidak membeban keluarga sebab semua percuma” ujarnya sambil memasang cita-cita untuk menjadi juruteknik atau jurutera bertauliah suatu hari nanti.
![]() |
| JERVIN Hang |
JERVIN HANG, 20, menyatakan bahawa selepas tamat persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Taman Perwira, beliau berharap sangat dapat menghabiskan pengajian selama enam bulan di bawah K-Youth Development Programme 2025.
“Saya berharap saya boleh meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran sejauh yang boleh, kalau boleh bukan peringkat sijil sahaja, malah diploma dan ijazah di bawah K-Youth Development Programme 2025 ini.
“Untuk menjadi seorang jurutera (bertauliah) atau sekurang-kurangnya juruteknik bukan laluan yang mudah, saya berharap K-Youth Development Programme 2025 akan membuka lorong yang mudah untuk saya ‘bekerja sambil belajar’ dalam sektor industri semikonduktor,” ulasnya.
![]() |
| M. Narvin |
M. NARVIN, 17, yang merupakan pelajar lepasan SM Kebangsaan Jalan Damai Bukit Mertajam pula memberitahu bahawa K-Youth Development Programme 2025 istimewa kerana menyediakan prospek kerjaya yang cerah dalam sektor industri semikonduktor negeri.
“Sekarang, lepasan universiti pun ramai menghadapi masalah salah padan kerjaya, jadi, kalau ada sijil SPM sahaja tentu peluang lebih kecil berbanding mereka yang ada segulung ijazah.
“K-Youth Development Programme 2025, saya lihat istimewa kerana melibatkan beberapa pemain industri utama negeri.
“Dengan ‘kerja sambil belajar’ di ViTrox Academy, akan ada pengalaman dan kemahiran berkaitan yang sebenarnya sangat diperlukan untuk mengisi sektor pekerjaan di beberapa kilang semikonduktor utama negeri,” katanya.








Comments
Post a Comment