
SPEAKER Dewan Rakyat, Johari Abdul hari ini didesak untuk membahaskan usul berkaitan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak iaitu bekas pembantu kepada Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx) YAB Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim yang didedah menerima lesen cari gali mineral Sabah di kawasan tiga kali bandar keluasan Kuala Lumpur.
Wakil rakyat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kawasan Parlimen Arau, Perlis, Shahidan Kassim (gambar) turut mengemukakan satu lagi usul berkaitan perhimpunan aman ‘Turunkan Anwar’ pada 26 Julai ini - bertujuan untuk mendesak perletakkan jawatan PMx tersebut.
Memetik sumber Malaysiakini, desakan terhadap Anwar yang juga Menteri Kewangan itu dibuat susulan kos sara hidup rakyat teramai yang semakin meningkat serta kegagalan Kerajaan Persekutuan hari ini menunaikan janji reformasi.
Di samping itu, Shahidan membangkitkan isu berkaitan tersebut berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu berkenaan perkara berkepentingan awam yang mendesak.
Pun begitu, Shahidan turut meminta Speaker mempertimbang semula Peraturan 18(5), yang menyatakan tidak lebih daripada satu usul boleh dibawa dalam sidang Dewan Rakyat.
Kalau usul berkaitan kenaikan kos sara hidup kian menekan dibenarkan dibentang di Parlimen, moga-moga isu pengeluaran minyak masa bersubsidi negara dimonopoli syarikat asing dari Singapura dan Jepun pun dapat dibahas bersama, susulan ada bantahan daripada Ketua Penerangan Umno Negeri Pulau Pinang Dato’ Mohd. Noor Ahmad dalam satu kenyataan berasingan hari ini.
Comments
Post a Comment