TUJUH kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx), Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim (gambar di aras) terpalit serius dalam projek serta program bernilai keseluruhan RM48.78 bilion, dedah Laporan Ketua Audit Negara yang diterbitkan hari ini.
Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam kenyataan medianya menjelaskan bahawa pemeriksaan audit dan semakan susulan yang dijalankan antara tahun 2024 hingga Jun 2025 telah membongkar pelbagai “ketidakpatuhan serius” dan “kelemahan ketara” dalam tadbir urus kewangan dan pelaksanaan projek kerajaan.
Antara penemuan utama termasuk isu dalam urus niaga Felcra Berhad yang melibatkan perolehan ladang kelapa sawit bernilai RM241.76 juta dari tahun 2022 hingga 2024.
Dalam masa yang sama, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut didapati gagal menguruskan proses tender secara telus bagi perolehan bernilai RM58.45 juta.
Lebih mengejutkan, pengurusan kontrak dan tadbir urus perolehan bagi kenderaan berperisai milik Tentera Darat Malaysia dari tahun 2020 hingga 2023 juga didapati lemah, menimbulkan persoalan besar terhadap ketelusan dan keberkesanan pengurusan aset pertahanan negara.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menjadi tumpuan apabila pelaksanaan program subsidi minyak masak didapati tidak berjaya menyasar penerima yang sepatutnya.
![]() |
| Berita lanjut, tekan pautan di sini. |
Tambahan pula, pengagihan kuota subsidi minyak masak juga tidak efisien dan gagal dikawal dengan baik.
Satu lagi dapatan penting adalah mengenai kaedah perolehan ‘pra-kelayakan terpilih’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan bagi projek pada tahun 2023 dan 2024.
Laporan menyatakan kaedah ini terbuka kepada manipulasi kerana syarikat yang tidak layak masih berjaya disenarai pendek untuk penilaian akhir.
Tambahan pula, proses perolehan tersebut dikritik kerana terlalu mengambil masa melebihi tempoh yang ditetapkan.
Sebagai langkah pembetulan, Laporan 2025 ini telah mengemukakan 22 cadangan kepada kementerian, jabatan dan syarikat yang terlibat.
Berkat pemerkasaan kuasa audit melalui pindaan Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara kini bukan sekadar memeriksa tetapi juga berkuasa melakukan siasatan susulan ke atas tindakan yang diambil pihak berkaitan.
Hasil ini, kerajaan berjaya memulihkan sejumlah RM157.73 juta dalam bentuk penalti, denda, kutipan cukai serta tuntutan sewaan dan pampasan kelewatan projek (LAD).
Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan diasak untuk melepaskan jawatannya dalam kerajaan, oleh kumpulan pendesak yang menganjurkan Himpunan Turunkan Anwar di Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025.


Comments
Post a Comment