Kenapa pentadbiran Anwar mahu cukai 8% SST dikenakan ke atas barang 'kegunaan kerap' rakyat teramai?
| Barang keperluan kerap rakyat teramai ini bukan terhad pada barangan keluaran domestik sahaja, malah barangan import juga. |
DALAM ekonomi ini, barangan secara umumnya ada dua kategori;
1. Kegunaan kerap
2. Kegunaan jarang
Kegunaan Kerap
Iaitu, barang yang digunakan secara harian atau berkala dalam kehidupan seharian pengguna.
Barang kegunaan kerap biasanya adalah barangan keperluan asas, dibeli berulang kali, biasanya harga lebih murah, permintaan stabil dan tidak mudah berubah (dari sudut harga).
Contohnya, Susu segar, sayur-sayuran (tomato, kubis, timun), beras, tepung (gandung, barli, oat), mi, bihun, sardin tin, gula, garam, minyak masak dll.
Dalam ekonomi, barangan kegunaan kerap boleh juga dikategorikan sebagai barang keperluan (necessities) yang tak terhad pada produk lokal sahaja, malah produk import.
Kegunaan Jarang
Iaitu, barangan yang hanya digunakan pada keadaan tertentu ataupun jarang-jarang, yang mana bukan setiap hari diperlukan.
Ciri-ciri barangan keperluan jarang ini antaranya bukan keperluan mendesak pun, harga biasanya lebih tinggi, kadar pembelian rendah, dan sangat bergantung pada pendapatan, faktor musim atau keperluan khas tertentu.
Contohnya, perabut, telefon pintar, pakaian pengantin, jam tangan berjenama atau aksesori untuk percutian musim sejuk di luar negara.
Dalam ekonomi, barangan kegunaan jarang turut dikategorikan sebagai barang merah (luxury goods) ataupun barangan tahan lama (durable goods).
KENAPA PENTING SANGAT KITA TAHU BARANGAN (1)KEGUNAAN KERAP DAN (2)KEGUNAAN JARANG?
Pertama, membantu Kerajaan membuat dasar subsidi dengan lebih memberi tumpuan pada barangan kegunaan kerap sahaja agar wujud kestabilan daripada sudut harga dan permintaan dalam pasaran bernegara.
Kedua, membantu proses stok negara sama ada pada peringkat pengeluaran (production) mahupun pengagihan (distribution) yang mana sekali gus mengelak risiko bottle-neck (iaitu punca yang melambatkan semua proses perekonomian).
Ketiga, membantu pengguna sendiri merancang perbelanjaan iaitu dengan mengutamakan barangan kegunaan kerap berbanding barangan kegunaan jarang.
KAJIAN KES
Mari kita lihat corak pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Ke-10 (PMx) Malaysia, Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim.
Sejak tahun 2022 lagi, Anwar pernah menyatakan komitmen untuk melaksanakan dasar defisit fiskal secara berperingkat, dari 5.5% ke 5.0% (2023), ke 4.1% (2024), dan diunjur ke 3.8% untuk belanjawan tahunan 2025.
Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023, Menteri Kewangan itu antara lain menyatakan hasratnya untuk meningkatkan hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berjumlah RM10 bilion.
Kemudian, Anwar menyatakan kadar 6% SST akan dinaikkan kepada 8%, yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2024.
Susulan itu, pada tanggal 4 Februari 2025, Kementerian Kewangan (MoF) pula dilaporkan menyatakan peluasan dan kenaikan kadar SST dimuktamadkan melalui perundangan kecil pada suku pertama tahun ini (1Q25).
Dah digazetkan, MoF pada 28 April 2025 mengumumkan pula segala langkah kenaikan dan peluasan SST ditangguhkan untuk penjadualan semula pada 1 Jun tahun sama.
Pada 9 Jun 2025, MoF sekali lagi mengumumkan peluasan dan kenaikan SST untuk dikuatkuasakan mulai 1 Jun.
Susu segar, sayur-sayuran (tomato, kubis, timun), beras, tepung (gandung, barli, oat), mi, bihun, sardin tin, gula, garam, minyak masak dll antara barangan yang dimasukkan dalam 'bakul' SST kini.
Kenapa semua barangan kegunaan kerap ini diletakkan dalam bakul SST (pasca kadar 8% dengan diperluaskan senarai barang kenaan cukai)?
Jawapan mudah, telah saya sebut di atas, iaitu;-
* Barang keperluan asas rakyat
* Dibeli berulang-ulang
* Harga lebih murah
*Permintaan stabil dan tidak mudah berubah (ke barangan lain)
Empat ciri yang ada pada kegunaan kerap ini, bukan sahaja akan tetap dibeli oleh rakyat teramai, bahkan sekali gus adalah jalan paling mudah untuk pentadbiran Anwar meraih hasil SST berjumlah RM10 bilion.
Bayangkan semua jenis barangan keperluan kerap yang telah disebut di atas dikeluarkan dari 'bakul' SST, agak-agak lebih mudah atau tak pasti untuk pentadbiran Anwar meraih hasil SST berjumlah RM10 bilion?
Barangan keperluan jarang walaupun harga mahal, permintaannya rendah, sekali gus adalah ranjau yang sukar untuk Putrajaya meraih hasil SST berjumlah RM10 bilion?
KESIMPULAN
Sebenarnya, kenaan dan kenaikan kadar SST kepada 8% ke atas susu segar, sayur-sayuran (tomato, kubis, timun), beras, tepung (gandung, barli, oat), mi, bihun, sardin tin, gula, garam, minyak masak dll sedikit banyaknya akan menyumbang pada kenaikan kos sara hidup rakyat.
Itu, belum mengambil kira kenaikan input cost yang lain seperti tenaga elektrik, kenaikan fi stok di gudang dan sebagainya - semua ini akan diterjemahkan dalam harga runcit barangan yang mana pasti akan kian menekan hidup rakyat teramai serta meningkatkan inflasi sebenar.
Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti, pentadbiran Anwar menangguh sekurang-kurangnya satu lagi beban baharu dipundaknya untuk kekal menjadi Perdana Menteri untuk penggal akan datang.
Kegagalan pentadbiran Anwar mengepung naratif Melayu-Islam untuk kembali melencong serta memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan hari ini, adalah beban lama yang belum dapat ditangani.
Kini, beban baharu kian bertambah dan melebar - iaitu dasar ekonomi Madani yang dipacu oleh pentadbiran Anwar dilihat kian menindas semua rakyat termasuk Melayu.
Sebagai parti yang menggalas amanah rakyat terutama orang-orang Melayu, Umno perlu melihat kompas politiknya, begitu juga sekalian kita yang membaca posting sederhana ini.
Kalau kepentingan Melayu-Islam seakan diabaikan, polisi percukaian pula kian menekan rakyat teramai ketika ekonomi negara tidak melimpah ruah seperti era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri ke-6 Malaysia dulu, apa opsyen kalian?
Terima kasih kongsi lengkap dengan komentar kalian di MedSos.
POKOK tumbuh hidup, sampai satu masa ranting mereput gugur ke bumi, telah memberi ‘peluang’ kepada rakyat bawahan untuk mengutip ranting-ranting di hutan untuk keperluan hidup mereka semasa musim sejuk. Golongan kapitalis membuat undang-undang supaya perbuatan itu dikategorikan sebagai jenayah, sebab nak mengerah mereka untuk tidak terus bergantung hidup pada alam semula jadi dan duduk dalam sistem kapitalis rentier. Sekarang pun seakan begitu, tahu barang ‘kegunaan kerap’ memang ada permintaan tinggi di sisi rakyat, rejim memperluaskan SST dengan kadar 8% ke atas barangan ‘kegunaan kerap’ supaya dapat diperah hidup rakyat teramai bagi mencapai hasil berjumlah RM10 bilion.
Comments
Post a Comment