
Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim (gambar atas) seakan memperlihatkan dirinya benar-benar lebih memihak kepada para pelobi bank-bank komersial Malaysia berbanding rakyat teramai, apabila mengenakan cukai perkhidmatan 8% bagi khidmat kewangan mulai 1 Julai ini.

Demikian contengan seorang ekonomis, Anas Abd. Jalil di dinding Facebook peribadi, semalam.
Beliau yang merupakan salah seorang anggota Demi Negara iaitu kumpulan pendesak ketiga terhadap rejim Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx) menulis sedemikian sebagai mengulas laporan berita terbaru Berita Harian, berjudul Cukai perkhidmatan lapan peratus ke atas khidmat kewangan bermula 1 Julai.
Pada 25 Jun 2025 (semalam), portal berita arus perdana itu melaporkan bank-bank di Malaysia akan mula mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan yuran dan komisen bermula 1 Julai ini.
Menurut sumber, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), bersama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata pelaksanaan cukai itu akan dibuat secara berperingkat selaras dengan pewartaan dan garis panduan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Pihak berkenaan turut berdalih bahawa pelaksanaan berkenaan adalah sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diwartakan baru-baru ini.
"Cukai perkhidmatan ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang melibatkan bayaran yuran dan komisen," kata kenyataan itu.
Selama ini, Anwar yang juga Perdana Menteri Ke-10 Malaysia (PMx) merangkap Menteri Kewangan seringkali berdalih segala polisi yang dilaksanakan kalau boleh tidak sampai membebankan rakyat.
Baik dalam acara rasmi Kerajaan mahupun pentas politik parti, Anwar seringkali mengulang mantera seumpama;
“Ini bukan isu anti‑maha kaya. Kami tidak mengenakan cukai tambahan terhadap mereka. Apa yang kami maksudkan ialah hentikan subsidi bagi mereka yang sudah mampu. Itu sahaja.”
Adalah kalian bersetuju bahawa Anwar sebenarnya tunduk kepada pelobi bank komersial?
Ketika dia menyatakan kecenderungannya untuk tidak memihak kepada golongan ‘maha kaya’, adakah kalian turut bersetuju Kerajaan Persekutuan sedang melanyak lagi kehidupan rakyat teramai melalui kenaan cukai 8% ke atas khidmat kewangan mulai 1 Julai nanti?
Sila nyatakan komentar kalian!
Comments
Post a Comment